TALQIN : Menurut Kamus Al Muhith, juz IV hal 268, dalam bahasa Arab yakni “Tafhim”, ertinya, memamahamkan atau memberti faham.
Kamus Al-Marbawi memperluas erti talqin sebagai mengajar atau memberi ingat. (Al-Marbawi, halaman 225). Kamus Al-Munjid lebih memperluas lagi, yakni memberi peringatan dengan mulut secara berhadap-hadapan. (Al-Munjid, halaman 780).
Menurut istilah talqin ini memiliki dua pengertian iaitu ; Mengajarkan kepada orang yang akan wafat kalimah tauhid yakni Laa ilaaha illallah yang kedua ialah: Mengingatkan orang yang sudah wafat yang baru saja dikuburkan beberapa hal yang penting baginya untuk menghadapi dua malaikat yang akan datang padanya.
Kamus Al-Marbawi memperluas erti talqin sebagai mengajar atau memberi ingat. (Al-Marbawi, halaman 225). Kamus Al-Munjid lebih memperluas lagi, yakni memberi peringatan dengan mulut secara berhadap-hadapan. (Al-Munjid, halaman 780).
Menurut istilah talqin ini memiliki dua pengertian iaitu ; Mengajarkan kepada orang yang akan wafat kalimah tauhid yakni Laa ilaaha illallah yang kedua ialah: Mengingatkan orang yang sudah wafat yang baru saja dikuburkan beberapa hal yang penting baginya untuk menghadapi dua malaikat yang akan datang padanya.
Gambar hiasan
HUKUM TALQIN
Nabi Mengharuskan Talqin
Mari kita singkap hadits Nabi Muhammad sendiri menyuruh amalan talqin yang diriwayatkan oleh Imam At-Tabarani dalam Mu’jam Soghir dan Mu’jam Kabir daripada Abi Umamah Al-Bahily berkata :
إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا، أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل: يا فلان ابن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيب، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يستوي قاعداً، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله ولكن لا تشعرون، فليقل: اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمداً عبده ورسوله وأنك رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً وبمحمد نبياً وبالقرءان إماماً فإن منكراً ونكيراً يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول: انطلق بنا ما يقعدنا عند من لُقّن حجته، قال [أي أبو أمامة]: فقال رجل: يا رسول الله فإن لم يُعرف أمه، قال: ينسبه إلى أمه حواء، يا فلان ابن حواء" .
Yang bermaksud : "Apabila aku mati nanti, lakukan padaku sepertimana yang disuruh oleh Rasulullah agar dilakukan kepada mayat, Rasulullah telah memerintah kita dengan sabda baginda: “ Apabila matinya seorang daripada kalanganmu, maka tanamlah dan berdirilah seorang di kalangan kamu semua pada bahagian kepala dikuburnya kemudian katakan Wahai si fulan anak si fulanah (binti ibunya), orang itu mendengarnya tetapi dia tidak akan menjawab, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia duduk, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia berkata semoga Allah merahmati kamu tetapi kamu semua tidak merasai (apa yang telah berlaku pada si mayat), maka hendaklah dikatakan : Ingatlah apa yang telah menyebabkan kamu dilahirkan ke dunia iaitu syahadah tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu hambaNya dan rasulNya dan engkau telah meredhai dengan Allah sebagai tuhanmu dan islam itu agamamu dan Muhammad itu nabimu dan al-quran itu petunjukmu maka malaikat mungkar dan nakir akan mengambil tangannya lantas berkata Ayuh bersama kami bawakan kepada siapa yang telah ditalqinkan hujahnya”
Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah Wahai Rasulullah! “bagaimana sekiranya tidak diketahui nama ibunya? Rasulullah menjawab “Maka hendaklah dinasabkan kepada ibu manusia iaitu Hawa dengan mengatakan Wahai si fulan anak Hawwa.” (Hadith riwayat Imam Al-Hafiz Tabarani Dalam kitabnya Mu'jam Soghir Wal Kabir.
Hadith yang mengharuskan talqin diatas telah disolehkan sanadnya (ulama hadith menyatakan hadith itu boleh digunakan) oleh Imam Muhaddith dari kalangan ulama hadith iaitu Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau berjudul At-Talkhis Al-Habir sepertimana yang juga dibawah Kitab Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada jilid 5 muksurat 243 :
وإسناده صالح وقد قواه الضياء في أحكامه
Yang bermaksud : “ Sanad hadith ini adalah boleh digunakan dan hadith ini telah dikuatkan oleh Imam Al-Hafiz Ad-Dhiya’ dalam kitabnya Ahkam”.
Maka hadith Nabi Muhammad ini jelas mengharuskan amalan talqin sepertimana juga para ulama salafus soleh berpegang dengan hukum mengenainya.
Tiada seorangpun ulama islam yang mu’tabar mengingkari amalan talqin ini kecuali sebilangan kecil ajaran sesat di zaman kini (Wahabi) yang suka sangat memecah belahkan umat islam dengan mendakwa amalan talqin adalah satu bid’ah yang teramat buruk dan siapa melakukan talqin maka dia sesat dan akan masuk neraka jahannam.
Disini dibawa kata-kata ulama islam ahli sunnah Wal Jamaah mengharuskan amalan talqin dari mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan juga tidak lupa dari mazhab Hambali yang didokongi golongan Wahhabi yang sering mendakwa mereka dari golongan Hambali.
Mazhab Islam Mengharuskan Talqin
Kenyataan Mazhab Al-Hanafi Mengharuskan Talqin
1-Berkata As-Syeikh Al-Alim Abdul Al-Ghony Al-Ghonimy Ad-Dimasyqy Al-Hanafi dalam kitab beliau berjudul Al-Lubab Fi Syarhil Kitab pada jilid 1 mukasurat 125 menyatakan :
: "وأما تلقينه (أي الميت) في القبر فمشروع عند أهل السنة لأن الله تعالى يحييه في قبره".
“Manakala hukum mentalqin mayat pada kubur adalah merupakan syariat islam disisi Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana Allah ta’ala menghidupkannya dalam kuburnya”.
Telah jelas bahawa dalam mazhab Hanafi amalan talqin adalah diharuskan bahkan disyariatkan.
Mazhab Maliki Mengharuskan Amalan Talqin
1- Imam Al-Qurtuby Al-Maliky pengarang kitab tafsir terkenal telah menulis satu bab yang khusus mengenai amalan talqin disisi mazhab Maliki dalam kitab beliau berjudul At-Tazkirah Bil Ahwal Al-Mauta Wal Akhiroh pada mukasurat 138-139 :
باب ما جاء في تلقين الإنسان بعد موته شهادة الإخلاص في لحده
Di dalam bab itu juga Imam Qurtuby telah menjelaskan amalan talqin dilakukan oleh para ulama islam di Qurtubah dan mereka mengharuskannya.
Dalam mazhab Maliki juga bercanggah dengan mereka yang mengharamkan amalan talqin.
Mazhab Syafi’e Mengharuskan Dan Mengalakkan Amalan Talqin
1- Imam An-Nawawi As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul Al-Majmuk pada jilid 5 mukasurat 303-304 :
قال جماعات من أصحابنا يستحب تلقين الميت عقب دفنه" ثم قال:
"ممن نص على استحبابه: القاضي حسين والمتولي والشيخ نصر المقدسي"
Yang bermaksud : “ Telah menyatakan oleh ramai para ulama dari mazhab Syafi’e bahawa disunatkan talqin pada mayat ketika mengebumikannya”.
Kenyataan mazhab Syafi’e dari kitab yang sama :
"وسئل الشيخ أبو عمرو بن الصلاح رحمه الله عنه فقال: التلقين هو الذي نختاره ونعمل به"
Imam Nawawi menyatakan : “ Telah ditanya kepada As-Syeikh Abu Amru Bin As-Solah mengenai talqin maka beliau menjawab Amalan talqin merupakan pilihan kita (mazhab Syafi’e) dan kami beramal dengannya”
.
2- Imam Abu Qosim Ar-Rofi’e As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul Fathul ‘Aziz Bi Syarhi Al-Wajiz tertera juga pada bawah kita Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada jilid 5 mukasurat 242 :
"ويستحب أن يُلقن الميت بعد الدفن فيقال: يا عبد الله بن أمة الله ..." إلى اخره .
Yang bermaksud : Digalakkan dan disunatkan mentalqin mayat selepas mengebumikannya dan dibaca : Wahai hamba Allah binti hamba Allah…(bacaan talqin).
Di malaysia kita umat islam kebanyakannya berpegang dengan mazhab Syafi’e. Lantaran itu hukum talqin adalah harus berdalilkan dari hadith Nabawi.
Mazhab Hambali Mengharuskan Talqin
1- Imam Mansur Bin Yusuf Al-Buhuty Al-Hambaly menyatakan hukum pengharusan talqin dalam kitab beliau berjudul Ar-Raudul Mari’ mukasurat 104.
2- Imam Al-Mardawy Al-Hambaly dalam kitabnya Al-Insaaf Fi Ma’rifatil Rajih Minal Khilaf pada jilid 2 mukasurat 548-549 menyatakan :
"فائدة يستحب تلقين الميت بعد دفنه عند أكثر الأصحاب"
Yang bermaksud : “ Kenyataan yang penting : Disunatkan hukum talqin mayat selepas mengkebumikannya disisi kebanyakan ulama ( selainnya hanya mengaruskan sahaja).
CONTOH TEKS TALQIN
Bismilla hir rahma nir rahim.
Mahasuci Allah yang bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Allah yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Allah yang menjadikan lubang kubur, sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan hancur dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Dialah Tuhan yang Maha besar dan mempunyai kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah swt.
Wahai Fulan bin Fulanah (Contoh: Muhammad bin Aminah) , wahai Fulan bin Fulanah, wahai Fulan bin Fulanah, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang kamu bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai Fulan bin Fulanah, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Allah menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah kamu berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu bersusah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai Fulan bin Fulanah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah swt, sebagaimana kamu juga.
Apabila mereka menyoal kamu dengan berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan dan iktikad kamu? Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?.
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar dan janganlah bergopoh-gapah, hendaklah kamu jawab dengan tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu menjawab : Allah Taala Tuhanku, Nabi Muhammad saw nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup sehingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".
Wahai Fulan bin Fulanah tetapkanlah hatimu, inilah dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang berada di dalam alam Barzakh, sehingga sampai ke satu masa yang dijanjikan kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar dan akan diadili di Mahkamah Allah Rabbul Jalil.
Ketahuilah wahai Fulan bin Fulanah, bahawasanya mati itu adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan berlaku, Kami ucapkan selamat tinggal dan selamat berpisah, kami menyerahkan kamu kepada Allah s.w.t. Semoga Allah s.w.t akan memberi kesejahteraan dan keselamatanNya kepada kamu.
Semoga Allah jualah yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t menaruh kasihan belas kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Allah akan memberi keampunan dan memaafkan kepada kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah, Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Nabi Muhammad SAW.
Subha na rabbika rabbil izzati amma ya sifun, wasalamun alal mursaliin walham dulillahi rabbil alamin.
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment