Azan: Iaiatu pemberitahuan tentang masuknya waktu solat. Mengikut bahasa ertinya memperdengarkan. Menurut syarak, azan bererti pemaklumam masuknya waktu solat dengan lafaz-lafaz yang tertentu. Azan biasanya dialunkan pada awal waktu setiap masuknya waktu solat. Hukumnya sunat muakkad. Lafaz-lafaz azan adalah seperti berikut:
الله أكبر الله أكبر
أشهد أن لا اله الله
أشهد أن محمدا رسول الله
حي علي الصلاة
حي علي الفلاح
الله أكبر الله أكبر
لا اله الله
Ertinya :
Allah Maha Besar - Allah Maha Besar
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain yang berhak disembah melainkan Allah
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah bersembahyang
Marilah Menuju Kejayaan
Allah Maha Besar - Allah Maha Besar
Tiada Tuhan Yang lain Melainkan Allah.
Bagi solat subuh lafaz azan ditambah dengan lafaz berikut:
الله أكبر الله أكبر
أشهد أن لا اله الله
أشهد أن محمدا رسول الله
حي علي الصلاة
حي علي الفلاح
الصلاة خير من النوم
Iaitu sebelum lafaz Allahu Akbar yang terakhir.
Azan Sunat dilakukan di tempat yang tinggi. Dalam solat sunat tidak perlu dilakukan azan. Azan juga sunat dilaungkan setiap kali nak mendirikan sembahyang. Azan tidak disunatkan di kalangan para jamaah perempuan kerana khuatir dengan sebab menyaringkan suara akan menjadi fitnah kepada lelaki yang mendengarnya, mengikut pendapat yang masyhur.
Orang yang mula-mula sekali melaungkan lafaz azan ialah Bilal bin Rabah di Masjid Madinah. Orang yang melaungkan azan dipanggil Muazzin atau Bilal, diambil sempena nama Bilal bin Rabah. Azan mula-mula disunatkan pada ketika itu iaitu pada tahun pertama hijrah.
Dalil Permulaan Azan
Maksudnya : "Dahulu kaum Muslimin ketika tiba di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat lima waktu dan tidak ada seorangpun yang melalakukan Azan untuk memanggil solat. Lalu suatu hari mereka berbincang tentang (cara memanggil orang bersolat), maka berkatalah sebahagian daripada mereka, "jadikanlah loceng (bunyian loceng sebagai alat pemanggil) sebagaimana loceng orang-orang Nasrani". Berkata pula sebahagian yang lain "kita jadikan trompet (sebagaialat pemanggil) seperti trompet orang-orang Yahudi". Lalu Umar berkata : "Mengapa tidak ditetapkan (diadakan)seorang lelaki yang (bertugas) menyeru (Azan) kepada solat. Maka bersabda Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam: "Wahai Bilal...bangun dan serulah (orang) ramai kepada solat (Azan)". (H.R Muslim)
No comments:
Post a Comment