Air Musyammas

Air Musyammas : Air yang suci lagi menyucikan, seperti air yang didedahkan kepada cahaya matahari, diletakkan di dalam bekas tin atau bekas tembaga. Jika air yang dijemur dipanas matahari tetapi berada di dalam bekas plastik, kayu, atau pelepah pohon, tidak menjadi air musyammas.

Hukum menggunakan air musyammas adalah makruh kerana mungkin boleh mendatangkan penyakit kulit. Walaubagaimanapun hukumnya menjadi harus apabila dalam keadaan kesulitan air.

Air ini suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian.


Air Musyammas apabila terkena kulit atau tubuh badan boleh menyebabkan penyakit sopak, kusta dan sebagainya. Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-

"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)

Untuk mengembalikan kepada air mutlak maka air ini hendaklah di sejatkan dan disejukkan serta diheningkan beberapa hari. Jika didapati bekas itu berkarat yang nyata maka sebaiknya dibuangkan sahaja.

1 comment:

sul said...

assalamualaikum..saya nk tanya macam mana kita nk menghilangkn hukum makruh pada air musyamma