Adab Tandas

Tandas adalah tempat untuk membuang kotoran najis dari perut manusia. Dalam banyak hadits Rasulullah s.a.w. menceritakan bahawa tandas adalah tempat syaitan menyembunyikan diri atau berlindung dari mendengar laungan azan atau rejaman Malaikat. Oleh sebab itu sebelum memasuki tandas atau ketika ada di dalamnya hendaklah seseorang muslim sentiasa dengan doa-doa dan adab-adabnya.

Doa sebelum masuk tandas

Maksudnya : "Ya Allah aku berlindung denganMu daripada Syaitan Jantan dan Betina daripada sekalian syaitan yang direjam".

Adab ketika di dalam tandas

Tutup kepala ketika membuang air besar.
Jangan berada terlalu lama di dalam tandas
Jangan memandang keseluruhan tandas
Jangan bercakap atau menyanyi
Haram membaca ayat al-Qur'an di dalam tandas
Makruh memandang kepada kemaluan
Jimatkan air, jangan membazir.

Adab buang air besar

Hendaklah dalam keadaan duduk
Jika bertinggung, beratkan tubuh kesebelah kanan
Jangan terlalu lama ketika membuang air besar

Adab buang air kecil

Membuang air kecil (kencing) dalam keadaan duduk
Disunatkan bangun dan duduk beberapa kali untuk menyejatkan kencing
Disunatkan batuk-batuk atau berdehem untuk menyejatkan kencing

Adab mandi di dalam tandas/bilik mandi

Makruh mandi bertelanjang bulat.
Mulakan dengan niat samada mandi wajib (hadas besar) sunat.
Mandi sunat terdiri daripada:
mandi sunat hariraya
mandi sunat ihram
mandi sunat hari jumaat
mandi sunat selepas memandikan jenazah
dan mandi sunat biasa.

Mulakan menjirus air di kaki sebelah kanan dan diikuti yang kiri, kemudian naik ke atas tahap ke tahap dan akhirnya jiruslah di kepala. Amalan ini boleh mengelakkan dari penyakit kejang urat, sakit pinggan dan sakit kepala.

Jimatkan air. Haram membazir air.
Sunat menghilangkan segala kekotoran di badan.
Ratakan air keseluruh badan.
Makruh mengambil wudhuk di dalam tandas.

Berkenaan galakan menutup kepala ketika berada di dalam tandas. Tiada larangan masuk tandas tanpa menutup kepala, cuma ada sesetengah fuqaha mengatakan ia makruh. Antara dalilnya ialah satu hadis Aisyah "Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tandas, baginda menutup kepala, dan apabila mendatangi isterinya baginda menutup kepala". Riwayat Baihaqi (no: 460). Dinilai Dhaif oleh Imam Nawawi dalam Majmuk.

Tetapi sabit daripada Abu Bakar r.a. tentang tutup kepala ketika masuk tandas sebagaimana kata Imam Baihaqi. Lihat Sunan Kubro Baihaqi (no: 460).

Dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah: kata ABu Bakar: Wahai orang Islam, malulah kepada Allah. Demi Yang aku berada di tangan-Nya, ketika pergi ke tempat lapang untuk qadha hajat dalam keadaan menutup kepala, kerana malu kepada Tuhanku". (no: 1127).


Doa keluar dari tandas
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku kesakitan dan mengampunkan aku".

No comments: