Amirul Mukminin

Amirul mukminin : adalah perkataan arab yang bermaksud “pemimpin orang-orang beriman”.
Khalifah Umar Ibnul Khattab adalah orang yang pertama menerima gelaran ini, kemudian diikuti oleh Khalifah Usman, Ali dan khalifah-khalifah Bani Umayyah, Bani Abbasiah, Kerajaan ‘Alawiyyah dan Kerajaan Qaramithah dan beberapa buah kerajaan Islam yang kecil selepas kejatuhan Kota Baghdad pada tahun 1258M. Amir ul-Mu’minin ialah istilah yang baru bagi khalifah dan tugasnya sama seperti khalifah.

No comments: