ANGGOTA WUDHUK : Anggota wudhuk adalah anggota yang wajib sampai air padanya tanpa ragu-ragu. Jika tidak sampai air padanya maka tidak sah wudhuk seseorang, kecuali seseorang yang cacat atau dalam keadaan sakit, atau tidak mempunyai air. Wudhuk juga menjadi batal jika sekiranya ada sesuatu yang menghalang air dari sampai kepada anggota wudhuk seperti, getah, gam atau penampal. Anggota wudhuk yang wajib terdiri daripada enam perkara, iaitu:
1. Muka.
Sehingga hujung pipi di kanan dan kiri. Dari kaki rambut turun ke dahi hingga ke bawah dagu.
2. Tangan Kanan dan Kiri.
Dari hujung jari kanan hingga melepasi siku. Di kedua-dua belah tangan dan diratakan dicelah-celah jari dan bawah kuku.
3. Kepala.
Mazhab syafi'e cukup hanya menyapu mana-mana bahagian kepala sahaja walaupun sedikit.
4. Kaki Kanan dan Kiri.
Dari hujung jari hingga melepasi buku lali, termasuk tapak, celah jari dan di bawah kuku. Di kedua-dua belah kaki. Juga wajiblah diratakan air seluruh tumitnya.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa: Nabi sollallaahu 'alaihi wasallam telah melihat seorang lelaki tidak membasuh kedua tumitnya ketika mengambil wudhuk. Maka baginda pun bersabda: Celakalah iaitu mendapat azab Neraka Wail bagi tumit-tumit yang tidak basah sewaktu berwudhuk dengan seksaan api Neraka.
Ketika mengambil wudhuk sunat didahulukan anggota yang kanan dari yang kiri, dan sunat juga meratakan wudhuk 3 kali rata.
Tidak Sah Wudhuk.
Sekiranya ada beberapa perkara yang tidak sempurna atau terhalang air daripada sampai kepada anggota wudhuk maka tidak sah wudhuknya. Misalnya;
1. Air tidak rata keseluruhannya, dengan sengaja.
2. Ada sesuatu yang menghalang air daripada sampai kepada anggota wudhuk dengan disedari, contohnya minyak, getah, gam, tape, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment