Ertinya: “Dan bagi tiap-tiap umat kami jadikan tempat berkorban (supaya ia
berkorban), agar mereka mengingati nama Allah atas apa yang telah direzekikan
kepada mereka dari binatang ternak”.
Bahkan sunat dilakukan setiap tahun sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: “Hai manusia sesungguhnya atas tiap-tiap rumah pada setiap tahun disunatkan berkorban” (Riwayat Abu Daud). Rasulullah s.a.w. membenci orang-orang yang tidak suka berkorban sedangkan dia mampu :”Barangsiapa yang mempunyai kecukupan untuk berkorban dan ia tidak suka berkorban, maka janganlah dekat-dekat ditempat solatku” (HR Ahmad, Ibnu Majah dan disahkan oleh Hakim).
Hukum Korban
Boleh terjadi dalam dua keadaan hukumnya, Sunat Muakkad bagi korban biasa dan Wajib bagi yang bernazar.
Haiwan Korban
Seperti Biri-biri berumur 1 tahun, Kambing menjangkau umur 2 tahun, Lembu atau Kerbau berumur lebih 2 tahun, dan Unta telah berumur 5 tahun. Pembahagian setiap seekor ternakan yang boleh dijadikan korban iaitu: kambing dan biri-biri dan seumpamanya 1 ekor bersamaan 1 bahagian, manakala lembu, kerbau, unta dan setiap seekor boleh dibahagikan 7 bahagian. Setiap orang boleh melakukan korban lebih dari satu bahagian.
Hukum Daging Korban
Harus dimakan dan dibahagikan kepada orang lain bagi korban sunat.
Haram dimakan oleh sipenazar bagi daging korban nazar, termasuk kulitnya dan tanduknya. Daging korban haram dijual beli, begitu juga dijadikan sebagai upah penyembelih atau pemotongnya.
Syarat Sah Korban
Binatang yang sempurna dan cukup syarat umur, tidak cacat matanya, tidak pincang kakinya, tidak berpenyakit yang nyata, tidak berkudis, tidak terlalu kurus, sebaik-baiknya yang gemuk, tidak terpotong telingan atau ekornya, tidak sedang mengandung atau baru sahaja selesai bersalin sehingga dia masih menyusu, ternakan yang dijaga dengan rapi iaitu tidak dibiarkan bebas meragut harta orang lain, ternakan jenis ini makruh hukumnya.
Pembahagian Daging Korban
Untuk mendapatkan pahala yang sempurna dalam ibadah korban, daging sembelihan korban 1/3 daripadanya hendaklah disedekahkan kepada fakir dan miskin, 1/3 boleh dihadiahkan kepada orang lain termasuk keluarga dan sahabat handai dan 1/3 untuk tuanpunya.
Waktu melakukan korban
Bermula selepas selesai solat sunat idul adha 2 rakaat 10 zulhijjah hingga terbenam matahari hari ketiga tasriq 13 zulhijjah. Setiap seorang satu bahagian atau lebih.
(Dipetik dari buku: Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Muhammad Abdul Hamid)
No comments:
Post a Comment