Hukum Talak

Talaq atau cerai terbahagi kepada 4 hukum:
1. Makruh : Inilah asal hukum talaq.
2. Wajib : Iaitu apabila terjadi perselisihan/pertikaian antara suami isteri, sedang dua orang hakim yang menimbang kesnya beranggapan keduanya perlu berpisah.
3. Sunat : iaitu bilamana suami tidak mampu membayar kewajipan-kewajipannya zahir dan batin dengan cukup atau isteri yang tidak menjaga kehormatan dirinya.
4. Haram : menjatuhkan talaq sewaktu isteri dalam haid atau sewaktu suci yang telah dicampuri dia dalam waktu suci itu.

No comments: