Madi

Air Madi : Air yang warnanya agak putih , kental dan keruh, yang biasanya keluar melalui kemaluan lelaki atau zakar dan melalui kemaluan perempuan atau faraj sesudah membuang air kecil (kencing) atau kerana bekerja berat.

Hukumnya najis Mutawassitah dan wajib dicucinya apabila mahu melakukan ibadat. Ini bererti apabila keluar madi jika seseorang itu dalam berwudhu' maka batallah wudhu'nya. Tetapi tidak wajib mandi janabah. (junub)