Muafiq

Muafiq : Ertinya berserta atau bersekali. Iaitu makmun yang mempunyai masa yang cukup bersama Imam untuk membaca al-Fatihah, sekiranya ia belum selesai membaca fatihah hendaklah dia meneruskan bacaannya sehingga selesai sekira-kira imam mendahuluinya tidak melebihi dari tiga rukun (rukuk, iktidal, sujud pertama). Sekiranya dilakukan begitu maka sahlah rakaat bersamanya bersama imam dan dia disebut makmum yang muafiq. Sekiranya masih tidak selesai juga fatihahnya sehingga Imam berdiri semula untuk memulakan rakaat kedua, maka dia diberi dua pilihan samada untuk terus bersama imam dan menambah satu lagi rakaatnya selepas salam imam atau terus memisahkan dirinya daripada iman atau disebut Mufaraqah.

No comments: