Mufaraqah

Mufaraqah : Perbuatan yang didahulukan dengan niat untuk berpisah daripada mengikut Imam dalam sebarang solat berjamaah kerana sebab-sebab tertentu, misalnya kerana tidak sempat menyelesaikan salah satu rukun solat dan imam mendahuluinya dengan melebihi 3 rukun, atau kerana perlu diselesaikan solat dengan segera kerana berlaku perkara dharurat atau sebagainya.

Sebagai contoh niat : aku nak berpisah daripada solat jemaah ini dan sepertinya.

Walau bagaimanapun keputusan itu hendaklah diyakini dengan imam dan ikhlas kepada Allah s.w.t.

Niat hendaklah dipasang di dalam hatinya sahaja, tanpa apa-apa ucapan, dan perbuatan mufaraqah itu ialah tidak melakukan sebarang rukun dalam solatnya kerana mengikut imam, sebaliknya solatnya diteruskan sebagai solat seorang diri.

Mufaraqah juga boleh terjadi kerana sebab-sebab tidak bersetuju dengan imam, bacaan imam, perbuatan rukun solat oleh imam, kerana ada sesuatu yang dharurat, kerana imam fasik, meninggalkan solat, kerana melihat ada sesuatu perkara yang boleh membatalkan solat imam, kerana terbatal wudhu’, kerana ada sesuatu yang menghalang ditempat sujud dan sebagainya.

Walau bagaimanapun keputusan itu hendaklah diyakini dengan iman dan ikhlas kepada Allah s.w.t.

No comments: