Riddah

Riddah : Iaitu memutuskan diri dari Islam atau keluar dari agama Islam dengan salah satu sebab yang mengkafirkan.

Riddah sama ertinya dengan murtad. Antara sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu murtad antaranya:

1. Mengucapkan perkataan-perkataan yang mengkafirkan, misalnya sesesiapa yang berkata: Tuhan tidak ada, Allah (S.W.T.) tidak ada, Tuhan tidak adil atau mengatakan Nabi Muhammad (S.A.W.) itu nabi palsu dan dusta, memaki-maki Rasul ataupun Nabi dan sebagainya.

2. Melakukan sesuatu perbuatan yang mengkafirkan, misalnya: sujud kepada berhala, kepada bulan, matahari, menyembah api atau sujud kepada selain Allah (S.W.T.).

3. Mengiktikadkan sesuatu yang mengkafirkan, misalnya mengiktikadkan (meyakinkan) Allah (S.W.T.) itu baru, Allah (S.W.T.) tidak boleh berdiri sendiri, atau alam ini qadim, atau mengiktikadkan Nabi Muhammad (S.A.W.) itu tidak benar kerasulannya, ataupun al-Qur’an itu baru dicipta dan sebagainya.

4. Menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah (S.W.T.), sedangkan yang haram itu telahpun disepakati ulama’, misalnya menghalalkan makan daging babi, menghalalkan makan anjing, menghalalkan minum arak, judi, zina, liwat dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya, iaitu mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah (S.W.T.).

5. Engkar terhadap perkara yang telah difardhukan oleh Allah, engkar kepada solat lima waktu, engkar kepada wajibnya zakat, puasa dan sebagainya.

Orang-orang yang riddah, wajiblah ke atas imam atau pemerintah islam memerintah orang berkenaan kembali bertaubat dalam tempoh 3 hari. Kalau dia enggan maka wajiblah dibunuh dan mayatnya tidak perlu dimandikan, dikafankan atau disembahyangkan serta tidak boleh dikuburkan ditanah perkuburan orang Islam.

No comments: