Neraka Jahannam

NERAKA JAHANNAM : Keadaan, luasnya dan dahsyatnya Neraka Jahannam di ceritakan dalam satu hadits nabi s.a.w. yang panjang. Hal yang sama juga diceritakan dalam hadits qudsi.

Gambar Hiasan

Dalil dari Hadits Nabi s.a.w.: Hadith riwayat dari Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra.

Berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?'Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dimarakkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian (dilanjutkan lagi) seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikata terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan busuknya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikata satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikata seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya.

"Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya dari besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan. Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari yang lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang sobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang Nasrani (kristian) bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. tiba-tiba jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga pulih kembali dan sesudah pulih nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila solat selalu menangis dan minta kepada Allah".
(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat atau pintu
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok Zarqum
8. Di bawah setiap pokok Zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap Ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok Zarqum mempunyai 70,000 utas rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


PINTU NERAKA

Neraka atau dikenali juga dengan Jahannam itu mempunyai 7 Pintu bermula dari paras paling bawah dan bertingkat ke atas dari 1 hingga 7. Pintu paling bawah adalah yang paling panas. Jika seorang manusia yang dilemparkan ke dalam neraka dan jatuhnya empat yang paling bawah maka bersaksilah bahawa orang itu paling dibenci Allah. Ini bermakna pintu-pintu inilah yang dikenali sebagai jenis-jenis Neraka.

Pintu Pertama: Neraka Hawiyah.
Pintu paling bawah dan paling panas: khusus untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun.

Pintu kedua : Neraka Jahim.
Tempat orang-orang musyrikin.

Pintu ketiga : Neraka Saqar
Tempat orang sobi'in.

Pintu kempat : Neraka Ladha.
Tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi.

Pintu kelima : Neraka Huthomah.
Tempat orang-orang Yahudi.

Pintu kenam : Neraka Sa'eir.
Tempat orang Nasrani atau kristian.

Pintu ketujuh :
Tempat orang-orang Islam yang berdosa besar yang sampai mati belum sempat bertaubat dengan Taubat Nasuha.


KALA JENGKING NERAKA

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.‎

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau ‎cari? ‎

‎"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang:-‎

Pertama : Orang yang meninggalkan Solat.‎
Kedua : Orang yang tidak mahu keluarkan Zakat.‎
Ketiga : Orang yang derhaka kepada ibubapanya.‎
Keempat: Orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.‎
Kelima : Orang yang suka minum arak."‎

BEKAS AHLI NERAKA JAHANNAM

Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:” Keluar satu kaum dari neraka sedangkan kulit mereka telah hitam kerananya. Mereka masuk ke dalam syurga, sedangkan isi syurga menamakan mereka ‘orang-orang dari jahannam’. “(HR Bukhari)

No comments: