Sultan Abdul Hamid II

Sultan Abdul Hamid II. Nama penuh beliau ialah Sultan Abdul Hamid Thani bin Sultan Abdul al-Majid bin Sultan Mahmud Thani, beliau merupakan sultan yang ke-34 daripada Kerajaan Islam Othmaniyyah, beliau dilahirkan pada 16 Sya’aban 1258H bersamaan 21 September 1824M. Ayahnda beliau bernama Sultan Abdul al-Majid bin Sultan Mahmud Thani, ayahnda beliau merupakan sultan pertama yang berusaha memerangi gerakan pembaratan Turki secara rasmi dalam kerajaan Othmaniyyah. Bonda beliau bernama Tir Mizkan Qadin Afandi berbangsa Circassian daripada kabilah Shabasiah di Caucasia. Bonda beliau merupakan seorang wanita yang bijak, lemah lembut, cantik dan penyanyang. Setelah bonda sultan Abdul Hamid II mangkat Sultan Abdul Hamid II mendapat perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya daripada ayahnda beliau Sultan Abdul Majid. Sultan Abdul Hamid II mempunyai tiga orang adik beradik kandung seibu dan sebapa, anak yang pertama bernama Naimah meniggal dunia pada tahun 1842M bersamaan 1257H akibat menderita penyakit cacar pada usia dua tahun setengah. Anak yang kedua ialah merupakan Sultan Abdul Hamid II manakala anak yang ketiga bernama Putera Muhammad ‘Abid meninggal pada bulan Mei 1848, kedua-dua saudara Sultan Abdul Hamid II meniggal dunia pada usia masih bayi lagi.Sultan Abdul Hamid II mendapat pendidikan awal di Istana, beliau mempelajari al-Quran, ilmu Fiqh, bahasa Arab, hadith, kaligrafi, dan bahasa Parsi. Beliau juga mendalami ilmu sains, geografi, sejarah, matematik dan ilmu nahu bahasa Turki Othmaniyyah. Ayahnda beliau juga mengundang para pakar dalam bidang kesenian seperti pertukangan, melukis, dan bermain muzik. Sultan Abdul Hamid II memiliki minat yang besar dalam bidang lukisan, beliau banyak menghasilkan lukisan yang indah dan sempurna. Sultan Abdul hamid II merupakan seorang putera yang bijak dan memiliki akhlak yang baik, beliau tahu menghormati orang yang lebih tua. Beliau memiliki dasar akidah yang berasaskan keimanan yang murni yang dianuti oleh ahli sunah wa al-jamaah dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Beliau dilantik menjadi Sultan memeritah kerajaan Othmaniyyah setelah Sultan Murad V diturunkan dari tahta pada 7 september 1876M bersamaan 18 Shaaaban 1293H sehingga 1909M. Zaman pemerintahan Sultan Abdul hamid II merupakan zaman kebangkitan baru di seluruh Eropah dan zaman kelahiran semangat kebangsaan golongn pemuda yang inginkan pembaharuan di negerinya, semua ini merupakan krisis yang berlaku di waktu pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Pada tahun 1909 beliau telah digulingkan sebagai sultan kerana kerugian yang dialami oleh kerajaan Othmaniyyah begitu dirasai oleh golongan muda yang telah menubuhkan satu parti dikenali sebagai Turki Fatat, golongan ini dianggotai oleh pemuda-pemuda Turki yang akhirnya berjaya menerajui tampuk pimpinan tentera dan sekaligus berjaya menggulingkan sultan Abdul Hamid II dari tahta kerajaan dan diganti oleh sultan Muhammad V. Setelah beliau digulingkan dari tahta kerajaan, beliau dibuang negeri di pulau kanari. Kemudianaya, beliau dipindahkan ke Salanik dan kemudianya ke Istanbul. Beliau meneruskan kehidupannya selama 8 tahun 9 bulan 13 hari selepas dibuang negeri, yang berakhir sehingga kemangkatan beliau pada 28 Rabiul Akhir 1336H bersamaan 10 Febuari 1918M, ketika berusia tujuh puluh enam tahun, tempoh pemerintahan beliau pula selama 32 tahun 7 bulan 27 hari.
Pembaharuan-pembaharuan di zaman Sultan Abdul Hamid II. Sewaktu sultan Abdul Hamid II menduduki tahta kerajaan Othmaniyyah, beliau telah banyak membuat pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial, beliau mengatur beberapa strategi bagi memantapkan lagi pentadbiran beliau, pembaharuan-pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh sultan Abdul Hamid II semasa pemerintahannya ialah dalam bidang ekonomi, pertahanan dan keamanan Negara, dalam bidang pendidikan, sistem perhubungan dan pengangkutan, pengurusan sumber kekayaan Negara, sistem kehakiman, sistem pentadbiran kawasan serta pembaharuan dalam bidang kebudayaan dan informasi. Usaha yang dilaksanakan oleh sultan Abdul hamid II ini adalah bertujuan untuk melindungi negaranya daripada jatuh ketangan penjajah dengan mudah, kerana sewaktu pemerintahan beliau, kerajaan Othmaniyyah sedang menghadapi zaman kejatuhan, dan berhadapan dengan masalah dalaman dan luaran, dimana kerajaan Othmaniyyah pada waktu ini berhadapan dengan serangan penjajah yang ingin merampas kerajaan Othamniyyah melalui masalah dalaman yang berlaku pada waktu itu. Oleh itu beliau mengambil langkah tersebut sebagai satu cara menagkis niat jahat penjajah.
Pembaharuan dalam bidang ekonomi
Dalam bidang ekonomi, beliau telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membuat sesuatu keputusan, beliau tidak akan membuat sesuatu keputusan secara terburu-buru tanpa memikirkannya berulang kali dan difikir dengan mendalam. Kerana sewaktu beliau memerintah, kerajaan Othmaniyyah merupakan sebuah kerajaan yang muflis dan menanggung hutang yang begitu banyak. Beliau telah menggunakan segala kudrat yang beliau miliki untuk mencari penyelisaian bagi menjelaskan hutang-hutang Negara. Hutang kerajan Othmaniyyah kepada Eropah pada masa tersebut telah mencapai satu angka yang sangat besar, yang melebihi 4 bilion Franc. Beliau telah nekad untuk menjelaskan semua hutang-hutang tersebut, kerana beliau tidak mahu kerajaan Othmaniyyah jatuh ketangan kuasa asing, jadi langkah yang tegas diambil oleh beliau bagi menangani masalah ini. Bagi menyelesaikan masalah ekonomi kerajaan Othmaniyyah dan untuk membuktikan kewibawaan kerajaan ini dari segi ekonomi, beliau telah menjemput pakar-pakar ekonomi Eropah membuat kajian dan menyediakan laporan tentang kemampuan kerajaan Othmaniyyah dalam menangani masalah hutang yang dihadapi. Sultan Abdul Hamid II terpaksa melaksanakan polisi kewangan yang sangat ketat. Beliau telah mengeluarkan arahan yang tegas kepada seluruh pekerja-pekerja istana agar tidak melakukan pembaziran dalam menyediakan hidangan diraja serta mengurangkan majlis-majlis perayaan. Sultan Abdul Hamid II merupakan orang timur pertama yang begitu memahami kepentingan faktor ekonomi dan wang di zaman moden ini. Beliau telah mengambil tindakan yang begitu bijak, dimana beliau sanggup berpindah dari istana yang besar kepada istana yang kecil bagi tujuan untuk mengurangkan kos, beliau menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan pemerintah di Turki dalam aspek berjimat cermat dan menjauhi kemewahan dunia. Stratigi beliau dalam menangani masalah hutang negara dilihat telah berjaya kerana beliau telah dapat menjelaskan sembilan persepuluh daripada hutang-hutang tetsebut, namun setelah beliau turun dari tahta kerajaan Othmaniyyah, hutang kerajaan tersebut bertambah tiga belas kali ganda dari hutang yang asal. Semua hutang-hutang yang ditanggung di zaman pemerintahan sultan Abdul Hamid II adalah berpunca dari perbelanjaan melengkapkan peralatan ketenteran dalam peperangan melawan Rusia. Peperangan tersebut juga telah memaksa kerajaan Othmaniyyah membayar sejumlah pampasan kepada Rusia, hutang-hutang tersebut bukanlah berpunca dari perbelanjaan biasa, seperti untuk membayar gaji pegawai-pegawai kerajaan atau untuk membiayai penyelengaraan istana serta bukan disebabkan untuk menaikkan gaji para tentera kepada jumlah yang lebih tinggi daripada sebelumnya.
Pembaharuan dalam bidang pertahanan dan keamanan dalaman
Dalam bidang pertahanan dan keamanan dalaman negara Sultan Abdul Hamid II telah memperkemaskan tenteranya dengan senjata yang lengkap dan latihan yang berdisiplin. Beliau menghantar pegawai-pegawai tentera kerajaan Othamaniyyah ke negara-negara Eropah seperti Jerman untuk mempelajari ilmu ketenteran moden dengan lebih mendalam. Beliau juga membentuk brigade al-Hamidiyyah di kawasan timur, kebanyakan tenteranya dipilih dari kalangan bangsa Kurdi. Beliau juga telah membuat pembaharuan dalam sistem marin. Beliau telah menubuhkan satu pasukan tentera laut yang baru lengkap dengan tentera yang hebat, bagi memperkuatkan lagi angkatan tentera tersebut beliau telah membiana kapal-kapal selam di Istanbul dengan menggunakan wang peribadi beliau. Dalam bidang perisikan pula beliau telah membentuk satu badan perisikan yang sangat kuat dan berjaya masuk ke dalam negara-negara Eropah serta intitusinya. Badan perisikan tersebuat juga menyertai pergerakan-pergerakan pemberonakan seperti pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi, freemason dan sebagainya. Badan perisikan ini telah banyak memberi maklumat kepada sultan Abdul hamid II sehingga beliau mengetahui secara terperinci setiap langkan dan perancangan komplot minoriti serta parti-parti pembangkang. Beliau juga dapat mengetahui tentang dokumen sebaran permusuhan yang dihantar melalui pos luar negara untuk disebarkan ke Istanbul. Badan ini juga telah berjaya masuk ke negara-negara Eropah untuk mencari maklumat tentang perancangan untuk memusnahkan kerajaan Othmaniyyah.
Pembaharuan dalam bidang pendidikan
Zaman sultan Abdul Hamid II merupakan zaman keemasan bagi perkembangan pelbagai institusi pendidikan, zaman itu menyaksikan bertambahnya belanjawan negara untuk membantu sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi tempatan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Sultan Abdul Hamid II telah mengarahkan pembinaan sekolah-sekolah dan pusat-pusat pendidikan berkenaan dengan penangkapan ikan, penternakan ulat sutera, sekolah perubatan dan lain-lain lagi. Pada zaman tersebut juga baginda telah mendirikan sekolah khas bagi mendidik anak-anak para pemimpin kabilah Arab dan para pemimpin Kurdi. Sultan Abdul Hamid II mendirikan sekolah diraja al-Shahaniyyah yang khusus mengajar ilmu-ilmu politik. Beliau juga telah mendirikan Akademi ilmu ekonomi dan politik pada tahun 1882M dengan tujuan unuk mengeluarkan pakar dalam bidang ekonomi dan politik. Beliau juga telah mengembangkan Madrasah Harbiyyah (sekolah Strategi Peperangan ) yang menggabungkan dua pusat pengkajian; iaitu pusat pengkajian tentera darat dan pusat pengkajian tentera laut. Beliau juga telah mendirikan Fakulti Perubatan dan Fakulti Kejuruteraan dengan dilengkapi sistem yang paling moden. Disamping itu, beliau juga telah membuka sekolah-sekolah kewangan (Akauntan), percukaian, polis serta menambah jumlah sekolah-sekolah khas untuk melahirkan guru-guru yang terlatih. Beliau juga menambah bilangan sekolah rendah, sekolah menegah dan koloj-kolej. Sulatan Abdul Hamid II telah mendirikan sekolah khas untuk pelajar perempuan dan institusi khas yang mengeluarkan guru wanita. Beliau memerintahkan para pakar agar untuk mengembangkan kaedah-kaedah pendidikan pada setiap peringkat selaras dengan kemajan dunia pendidikan antarabangsa. Bagi merialisasikan tujuan ini, beliau telah membenarkan kemasukan buku-buku, majalah-majalah, akhbar, dan semua media yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan, teknologi dan kesenian. Beliau juga telah membina sekolah yang berwawasan moden untuk kanak-kanak kurang upaya (OKU) seperti bisu, pekak dan buta. Sekolah-sekolah di zaman kerajaan Othmaniyyah berkembang dengan meluas di seluruh tanah jajahan wilayahnya, para penduduk waku itu dapat merasakan manfaat daripada perkembangan sistem pendidikan ini terutamanya sekolah ketenteraan. Negeri Iraq telah banyak mengambil manfaat daripada sekolah ketenteraan Kerajaan Othmaniyyah, perkembanga sekolah keteneraan di Iraq menjadi sebab utama munculnya kumpulan tentera Iraq yang memainkan peranan penting dalam beberapa peristiwa di dalam kerajaan Othmaniyyah, termasuklah revolusi al-Ittihad wa al-Tarraqi.
Pembaharuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan
Kesedaran yang timbul dalam diri Sultan Abdul Hamid II terhadap kepentingan persarana pengankutan moden telah mendorong beliau membina alat perhubungan seperti landasan keretapi pada tahun 1901M bersamaan 1319H. Projek pembinaan landasan kereta api ini bermula di negeri Hijaz pada musiam bunga, projek tersebut berjaya disempurnakan pada musim gugur (luruh) 1908M landasan keretapi tersebut menghubungkan Konstentinopel (Istanbul) dengan Kota Madinah yang merentasi Syria dari utara hingga ke selatan.Panjang landasan keretapi ini mencapai 1327 batu. Pembinaan landasan keretapi sepanjang itu bukan merupakan satu usha yang mudah untuk dilaksanakan jika tidak mendapat sokongan dan bantuan dari umat Islam dan teknikal barat. Pembinaan landasan tersebut telah menelan belanja sebanyak tiga juta pound sterling. Bagi menjayakan projek tersebut sultan Abdul hamid II telah melancarkan tabung derma, beliau sendiri telah menderma sebanyak satu perempat (satu suku) juta riayal dan mengharapkan bantuan dari dunia Islam untuk menyokong rojek tersbut yang dianggap sebagai satu konsep kesatuan Islam (Pan Ismlamisme). Harapan beliau akhirnya mendapat sambutan daripada dunia Islam iaitu dari Iran, Mesir dan sebagainya. Jalan keretapi ini banyak berkhidmat demi kepentingan para jemaah haji ke Mekkah. Dengan terlaksananya projek tersebut perjalanan ke Mekkah menjadi mudah dan cepat. Selain daripada itu, ianya juga digunakan oleh para peniaga untuk mengangkut hasil pertanian mereka ke banda-bandar besar dan pelabuahan-pelabuhan yang terdekat. Kerja-kerja bagi menyempurnakan projek ini berjalan sehingga 5 Jun 1916M dan terhenti ekoran daripada pemberontakan Arab yang mana telah memusnahkan jalan keretapi yang telah dibina.Dalam bidang perhubungan pula sultan Abdul Hamid II telah memperkenalkan sistem telegraf yang pertama di dalam kerajaan Othmaniyyah. Bidang perhubungan melalui telegraf merupakan perkara pertama yang dititik berakkan oleh sultan Abdul Hamid II sebaik sahaja beliau ditabalkan menjadi sultan kerajaan Othmaniyyah. Disebabkan oleh kesedaran terhadap kepentingan ini, beliau telah menjemput pakar dari barat yang mahir dalam bidang tersebut datang mengajar rakyat Othmaniyyah tentang ilmu telegraf, beliau telah mengupah pakar telegraf dari Belgium yang bernama Deycro dengan bayaran sebanyak dua ribu keeping wang emas dan menganugrahkan pingat dan darjah khas negara Othmaniyyah. Dalam masa dua bulan setengah sahaja orang Othmani berjaya mempelajari ilmu telegraf dengan menyeluruh, yang mampu menjawat jawatan sebagai pegawai dan menyelenggara sistem telegraf dalam seluruh kerajaan Othmaniyyah yang menghubungkan beberapa kawasan penting di Anatolia dan Romelli yang berhampiran dengan ibu negara. Setelah itu, alian telegraf sepanjang 30,00 km telah di bentangkan sehingga ke kampung-kampung dengan penyelenggaraan yang teliti.Disebalik sistem pengangkutan dan perhubungn yang yang dilaksanakan dengan penuh kesungguhan ini, Sultan Abdul Hamid II mempunyai matlamat lain yang lebih strategik, iaitu untuk mengukuhkan konsep Kesataun Islam (Pan Islamisme) dan mengembangkan pemikiran-pemikiran yang berkaitan dengannya. Disini kita dapat lihat bahawa sistem pengangkutan dan perhubungan telah memainkan peranannya dalam penyebaran akhbar, majalah, buku dan jurnal-jurnal sebagai bahan ilmiyah kepada orang Othmani.
Pembaharuan dalam bidang pengurusan sumber negara (minyak)
Dalam bidang ini Sultan Abdul Hamid II telah mengutuskan seorang penolong kanannya ke negara Amerika, untuk menyatakan hasrat Sultan Abdul Hamid II iaitu membina hubungan baik dengan Amerika serta mengajak negara tersebut untuk berkerjasama dalam mengenal pasti sama ada minyak terdapat didalam kerajaan Othmaniyyah atau tidak. Namun niat tersebut tidak tercapai kerana Amerika tidak berminat untuk berkerjasama dengan kerajaan Othmaniyyah, kerana takut harga minyak di pasaran dunia akan jatuh akibat kewujudan lombong-lombong minyak yang baru.Sultan Abdul Hamid II semakin yakin akan kewujudan minyak di dalam kerajaan Othmaniyyah, terutama setelah beliau melihat kesungguhan dari negara Jerman dan Inggeris untuk menceroboh dan mencarigali minyak di wilayah kerajaan Othmaniyyah. Lantaran itu, Sultan Abdul Hamid II telah menjemput sekumpulan pakar dari Jepun untuk mencarigali minyak di wilayah Othmaniyyah. Namun pihak Jepun telah memberi persetujuan setelah Sultan Abdul Hamid II turun dari tahta kerajaan Othmaniyyah. Pencarian dan penggalian minyak merupakan salah satu faktor yang menyebabkan jatuhnya Sultan Abdul Hamid II dari tahta kerajaan Othamaniyyah, kerana beliau menolak untuk mengadakan hubungan baik dengan negara-negara Eropah serta tidak memberi keistimewaan kepada negara-negara tersebut walaupun negara-negara Eropah berlumba-lumba untuk menjalinkan hubungan dengan kerajaan Othmaniyyah, langkah yang diambil aoleh Sultan Abdul Hamid II ini ialah bertujuan demi menjaga sumber kekayaan negara daripada dikuasai oleh kuasa asing yang menpunyai niat yang tidak baik terhadap kerajaan Othmaniyyah. Sultan Abdul Hamid II cuba untuk berhubung dan berbincang dengan Amerika dan Jepun dalam hal tersebut, namun dalam usaha ini beliau telah digulingkan dari tahta tanpa sempat untuk merialisasikan matlamat beliau iaitu untuk mencarigali minyak di wilayah Othmaniyyah.
Pembaharuan dalam bidang kehakiman
Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II telah berlaku beberapa pembaharuan dalam sistem undang-undang yang membawa kepada pemisahan badan eksekutif daripada badan ketenteraan. Setelah pelbagai pembaharuan dan perubahan yang dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid II, maka ekoran daripada itu, wujud dan tersebarlah mahkamah sivil di dalam kerajaan Othmaniyyah. Mahkamah yang terdapat pada masa itu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat; antaranya ialah mahkamah rendah, mahkamah rayuan dan mahkamah agung. Ketiga-tiga mahkamah ini tubuhkan diseluruh wilayah kerajaan Othmaniyyah, sistem perundangan pada masa itu telah diolah daripada sistem perundangan Perancis, walau bagaimanapun, sistem perundangan tersebut disesuaikan dengan perundangan syariah Islam. Manakala undang-undang diri tetap mengikut lunas-lunas undang-undang syariat Islam sepenuhnya. Dengan demikian, sempurnalah ikatan antara kekuasaan politik ketenteraan kehakiman dan pemerintahan. Ia merupakan matlamat gerakan pembaharuan yang dilancarkan oleh pusat pentadbiran negara. Sultan Abdul Hamid II tidak pernah mencampuri sebarang urusan undang-undang mahupun mahkamah. Beliau adalah seorang yang cintakan perdamaian dan tidak suka kepada pertumpahan darah, beliau tidak pernah memperlakukan musuh politiknya dengan tindakan di luar daripada syariat Islam. Bahkan, beliau membantu keluarga-keluarga mereka dan memberi penghormatan yang tinggi kepada mereka, Contohnya Sultan Abdul Hamid II tidak mencampuri urusan mahkamah sewaktu perbicaraan tentang pembunuhan bapa saudaranya Sultan Abdul Aziz dijalankan. Tetapi beliau menggunakan haknya sebagai sultan untuk mengurangkan hukuman bunuh yang dijatuhkan kepada penjara seumur hidup.
Pembaharuan dalam sistem pembahagian pentadbiran kawasan
Sultan Abdul Hamid II melaksanakan sistem pentadbiran pusat bagi seluruh kawasan di wilayah Othmaniyyah. Dengan kewujudan sistem ini, setiap gabenor merupakan pegawai yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid II, oleh itu, dalam sistem pentadbiran dan ketenteraan gabenor-gabenor tersebut terikat dengan kuasa yang diberikan oleh sultan atau khalifah.Wilayah pentadbiran kerajaan Othmaniyyah terbahagi kepada beberapa negeri dan setiap negeri pula dibahagikan kepada beberapa daerah, manakala setiap daerah pula dipecahkan kepada beberapa kawasan. Kawasan region merupakan wilayah pentadbiran yang terkecil. Dalam setiap sesuatu wilayah, ia akan diperintah oleh seorang gabenor atau wali, yang dibantu oleh majlis wilayah tempatan. Urusan pentadbiran di peringkat negeri dikelola oleh seorang Mutasarrifin, manakala pentadbiran diperingkat daerah pula dikelolakan oleh seorang Qaim Maqam dan pentadbiran di peringkat kawasan dikelolakan oleh seorang Mukhtar. Pada tahun 1299H bersamaan 1881M, Sultan Abdul Hamid II telah memutuskan satu perubahan terhadap sistem pentadbiran bandar al-Quds dengan mengubahnya dari pentadbiran negeri kepada pentadbiran daerah. Oleh itu, bandar tersebut berada dibawah pemerintahan Istanbu ldan tidak lagi berada dibawah pemerintahan Damsyik. Tujuannya ialah untuk memberi pelang kepada ibu negara untuk menghadkan dan memerhatikan penghijrahan orang Yahudi ke Palestin.
Pembaharuan dalam bidang kebudayaan dan media
Semasa Sultan Abdul Hamid II memerintah kerajaan Othmaniyyah beliau telah mengambil satu polisi dalaman negara dengan jangka masa panjang, bagi tujuan untuk menyebarkan kesedaran dan kebudayaan Islam. Dalam masa pemerintahan beliau pelbagai majalah, akhbar dan buku-buku karya asli atau terjemahan daripada bahasa lain tersebar luas di serata wilayah negara. Beliau juga telah menubuhkan satu biro khas di bawah penyeliaan kementerian pendidikan yang bertugas menguatkuasakan undang-undang berkenaan denagan akhbar dan bahan-bahan bercetak untuk keperluan sekolah dan kementerian sendiri. Sultan Abdul Hamid II berusaha mencegah kemasukan buku-buku, akhbar dan karya barat ke dalam negara. Dengan kecekapan yang dimiliki oleh Sultan Abdul Hamid II dan kebijaksanaannya dalam bidang politik, beliau berpendapat bahawa pengawas adalah satu yang akan bertanggungjawab menghadapi sesiapa sahaja yang cuba meracuni kerajaan Othmaniyyah yang sedang berjuang dalam arus pemodenan pertembungan tamadun.Miskipun, pengawasan dan penapisan yang rapi dilakukan secara surius, namun kemasukan buku-buku dari negara barat tetap kuat, kerana sebahagian besarnya dikirim melalui perkhidmatan pos diplomatik negara asing yang dibenarkan masuk kedalam negara tanpa pemeriksaan . Pada zaman Sultan Abdul Hamid II, pelbagai akhbar, majalah dan buku berkembang pesat dan ia dianggap sebagai zaman yang paling maju dalam bidang pendidikan dan kebuadayaan sepanjang pemerintahan kerajaan Othmaniyyah.
Kesimpulannya, pada zaman pemerintahan Sultan Adbul Hamid II, kerajaan Othmaniyyah berada dalam era kejatuhan dan juga era tanzimat, walaupun banyak masalah yang berlaku didalam kerajaan pada waktu itu, beliau masih lagi berjaya untuk membuat pelbagi pembaharuan, yang bertujuan agar kerajaan Othmaniyyah tidak akan dapat dirampas oleh kuasa-kuasa asing.Kejayaan beliau dalam menangani masalah hutang yang ditanggung oleh kerajaan Othmaniyyah merupakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan, dan bertitik tolak daripada faktor inilah kerajaan Othmaniyyah pada zaman pemerintahannya kelihatan begitu gah dan maju, seiring dengan peredaran zaman.Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksakan oleh beliau juga telah mengubah sistem pentadbiran dan memajukan kerajaan Othmaniyyah, antara pembaharuan-pembaharuan yang telah beliau laksanakan ialah dalam bidang ekonomi, pertahanan dan keamanan Negara, dalam bidang pendidikan, sistem perhubungan dan pengangkutan, pengurusan sumber kekayaan Negara, sistem kehakiman, sistem pentadbiran kawasan serta pembaharuan dalam bidang kebudayaan dan informasi.

No comments: