Solat Jamak

Solat Jamak : Ertinya mengumpul dua solat dalam satu masa kerana sebab-sebab tertentu, antaranya yang masyhur ialah kerana musafir yang melebihi 2 marhalah. Solat-solat yang diharuskan jamak ialah solat zohor dengan asar, dan solat maghrib dengan insya’. Tidak diaruskan jama’ solat subuh dengan mana-mana solat.

Solat Jama’ terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Jama’ Taqdim dan Jama’ Ta’akhir . Jama’ Takdim ialah menunaikan solat zohor dan asar dalam waktu zohor atau maghrib dan isya’ dalam waktu maghrib. Manakala Jama’ Ta’akhir pula ialah menunaikan solat zohor dan asar dalam waktu asar atau solat maghrib dan isya’ dalam waktu isya’.

Keharusan solat jamak bagi mereka yang bermusafir ialah selama dalam perjalan dan 3 hari menetap (tidak termasuk hari sampai dan hari keluar) setelah tiba ke tempat yang dituju. Ini adalah pendapat yang muktabar.

No comments: