Solat Qasar ini disyariatkan pada tahun ke 4 hijrah. Ditetapkan berdasarkan al-Qur'an, Sunnah dan Ijma' ulamak. Dalil daripada al-Qur'an, firman Allah s.w.t. : Surah an-Nisa' : 101.
Alasan kerana khuatir diserang bagi dibolehkannya mengqasar pada ayat ini tidak dipakai. Hal ini berdasarkan keterangan dari Ya'la bin Umayyah, katanya:
قلت لعمر مالنا نقصر الصلاة وقد امنا؟ فقال
: سألت رسول الله صلعم فقال : صدقة تصدق الله بها عليكم فاقبلوا صدفته
Ertinya : "Saya bertanya kepada Umar : Mengapa kita masih dibolehkan mengqasar solat padahal kita sudah aman (dari peperangan)?, jawab Umar: apa yang kamu tanyakan ini telah aku tanya pula kepada Rasululullah s.a.w., maka sabda baginda: itu merupakan sedekah yang dianugerahkan Allah kepadamu semua, maka terimalah sedekah itu!"(Riwayat jamaah).
Dairiwayatkan dari Umar, katanya :
Maksudnya: "Aku sering menyertai Nabi, maka ketika dalam perjalanan beliau tidak pernah melakukan solat lebih dari dua rakaat, demikian pula Abu Bakar, Umar dan Usman". (Muttafaq alaih).
Solat-solat yang diharuskan qasar :
ialah Zohor, 'Asar dan Isya’. Tidak harus pada solat Maghrib dan Subuh.
Syarat-syarat sah solat qasar.
1. Musafir hendaklah bertujuan baik bukan bertujuan maksiat.
2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
3. Solat yang hendak diqasarkan itu hendaklah solat Zohor, Asar dan Isya’ yang dilaksanakan secara tunai bukan qadha’ kerana tertinggal di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadha’kan di dalam musafir.
4. Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat sempurna.
5. Hendaklah ditentukan tempat yang dituju.
6. Kekalkan perjalanan hingga sempurna solat.
7. Mengetahui bahawa orang yang bermusafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Niat Solat Qasar

Niat solat qasar- Zohor :
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
Niat solat qasar – Asar :
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا لله تعالى
Niat solat qasar – Insya’ :
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا لله تعالى
Solat qasar boleh juga dilakukan ketika solat jama’. Contoh niat:
Solat qasar boleh juga dilakukan ketika solat jama’. Contoh niat:
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا اليه العصر لله تعالى
“sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat serta dijama’kan dengan Asar kerana Allah Taala”.
Hukum Solat Qasar
Hukumnya sunat bagi mazhab syafi'e, berdasarkan firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 101 tadi, bagi orang yang bermusafir disunatkan mengqasar solat yang empat rakaat, dan ini lebih baik daripada solat secara biasa.
Mengikut mazhab Hanafi, mengqasar solat dalam perjalanan adalah wajib, hal itu berdasarkan hadits yang diriwayatkan Abu Ya'la di atas.
No comments:
Post a Comment