Surah A-Li ‘Imraan 3 : Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 200 ayat. Dinamakan surah “A-LI ‘IMRAN (Perihal keluarga Imran), kerana kisah mereka ada disebutkan mulai dari ayat 33.
Kisah keluarga Imran ini menerangkan perihal Nabi ‘Isa yang sebenarnya dan kesesatan kaum Kristian yang menyifatkan Nabi ‘Isa sebagai Tuhan atau Anak Tuhan.
Pada umumnya surah ini menggambarkan keadaan umat Islam di Madinah setelah mereka mencapai kemenangan yang besar di medan peperangan Badar dan berjaya menghancurkan kaum kafir musyrik yang menceroboh. Kemenangan umat Islam ini menyebabkan Kaum Yahudi dan kaum Munafik di Madinah marah (kerana hasad dengkinya) lelu merancang berbagai-bagai pakatan jahat terhadap umat Islam.
Sebab itulah Allah Ta’ala mengingatkan sebagaimana yang tersebut di dalam surah ini supaya umat Islam sentiasa sedar dan waspada terhadap golongan-golongan kafir yang memusuhi Islam.
Apa yang telah dan sedang dilakukan oleh musuh Islam terutama Yahudi dan Komunis terhadap Islam dan umat Islam semakin menjelaskan hakikat ini.
Dalam surah ini juga diterangkan peristiwa “Peperangan Uhud” dan sebab-sebab yang menjadikan orang-orang Islam gagal dalam peperangan itu, iaitu sebahagian di antara merka melanggar perintah Rasulullah (s.a.w).Untuk menanamkan semangat perjuangan jihad, ditegaskan di dalam surah ini, bahawa orang-orang Islam yang telah gugur syaid dalam perjuangan membela Islam bukanlah orang yang mati dan lenyap dengan tidak disebut-sebut dan dikenang, bahkan mereka hidup secara istimewa dan meningkat ke tempat yang mulian di sisi Allah dengan dilimpahi nur dan pelbagai ni’mat yang disediakan oleh Allah Ta’ala di dalam Syurga.
No comments:
Post a Comment