Surah At-Taubah 9 : Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 129 ayat. Dinamakan surah “ At-Taubah” (Taubat), kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golongan yang telah bertaubat dari perbuatan mereka yang salah lalu Allah (s.w.t.) menerima taubat mereka dan mengampunkannya. Surah ini disebut juga sebagai surah al-Baraah. Surah ini juga dinamakan surah “BARAA’AH” (Pemutusan Tanggungjawab) yang maksudnya “pembatalan perjanjian” sebagaimana yang diterangkan pada bahagian awal surah ini.
Intisari kandungannya: Menerangkan perisytiharan dari Allah (s.w.t.) dan RasulNya, yang ditujukan kepada kaum musyrik Arab, dan ditegaskan: Bahawa oleh kerana mereka telah mencabuli perjanjian dengan Rasulullah (s.a.w), maka perjanjian itu telah dibatalkan oleh Allah (s.w.t.) dan RasulNya, dan mereka diberi tempoh selama 4 bulan, sesudah itu jika mereka tidak menerima Islam, maka mereka akan dimusnahkan di mana sahaja mereka ditemui.
Surah ini juga mendedahkan rahsia kaum musyrik yang pura-pura Islam pada zahirnya, sedang mereka tetap kafir pada batinnya. Surah ini pula – dari asalnya- tidak dimulakan dengan Bismillah.
No comments:
Post a Comment