Surah Al-Anfaal 8 : Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 75 ayat. Dinamakan surah “Al-Anfaal” (Harta rampasan perang), kerana pada surah ini diterangkan soal-soal yang berhubung dengan peperangan dan perdamian.
Intisari kandungannya: Menerangkan tentang perjuangan Rasulullah (s.a.w) menentang pencerobohan kaum kafir musyrik. Akhirnya baginda dan orang-orang Islam yang dipimpinnya berjaya mencapai kemenangan yang besar di medan perang Badar.
Orang-orang kafir musyrik sebelum itu tidak putus-putus menganggu, menyeksa dan menghalangi orang-orang Islam daripada mengamalkan agamanya, lalu Rasulullah (s.a.w) dan umatnya diperintahkan oleh Allah (s.w.t.) memerangi golongan yang menceroboh itu sehingga hilang lenyap segala fitnah dan gangguan, dan bebaslah orang-orang Islam menjalankan agamanya.
Dalam surah ini, diuperintahkan supaya orang-orang islam sentiasa bersiap sedia dengan kekuatan pertahanan dan dengan berbagai jenis senjata yang dapat disediakan untuk menentang pencerobohan musuh. Dalam pada itu jika pihak musuh suka hendak berdamai, maka umat Islam hendaklah berbuat demikian kerana Islam adalah agama perdamaian.
No comments:
Post a Comment