Surah Saad

Surah Saad 38 : Surah ini diturunkan di Mekah, mengadungi 88 ayat. Dinamakan surah “saad” kerana Allah Ta’ala memulakan surah ini dengan huruf tersebut dan alalh jualah yang mengetahui maksudnya.

Intisari kandungannya: Menegaskan soal tauhid, kebenaran Nabi Muhammad (s.a.w) dan Al-Qur’an yang diwahikan kepadanya, kebenaran hari akhirat dan balasa orang-orang yang beriman serta orang-orang yang ingkar.

Kemudian Allah Ta’ala perintahkan Junjungan kita nabi Muhamamd (s.a.w) supaya bersabar terhadap apa yang dikatakan oleh orang kafir yang menentangnya, kerana kesudahannya Baginda berjaya mencapai kemenangan yang besar. Untuk memberi semangat kepada Baginda, Allah Ta’ala menceritakan kisah Nabi-nabi yang telah lalu. Yang telah menerima berbagai-bagai ujian tetapi mereka telah bersabar menghadapinya dengan tabah hati dan akhirnya mereka telah berjaya; dalam hal ini diceritakan secara khusus kisah Nabi Aiyub (a.s) dan kesabarannya menghadapi ujian yang berat.

Kemudian alah Ta’ala menerangkan keadaan orang-orang yang beriman dan balasan yang sebaik-baiknya yang akan mereka ni’mati pada hari akhirat kelak, dan keadaan orang-orang yang kufur ingkar serta azab sengsara yang akan menimpa mereka. Hakikat ini ditegaskan berulang-ulang supaya orang-orang yang beriman bertambah kuat imannya dan bertambah pula mengerjakan amal bakti, dan supaya orang-orang yang ingkar segera insaf dan bertaubat.

Setelah menerangkan bahawa tujuan Al-Qu’an diturunkan ialah untuk difahami kandungannya ayat-ayatnya serta amalkan, maka surah ini diakhiri dengan memerintahkan Nabi Muhammad (s.a.w) supaya menegaskan kepada golongan yang menentangnya: Bahawa ia meminta kepada mereka sebarang bayaran untuk menyampaikan ajaran Al-Qur’an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat manusia, dan bahawa mereka akan mengetahui kebenaran perkara yang diterangkannya tidak lama lagi.

No comments: