Fadhu Kifayah :Fardhu Kifayah adalah satu ketetapan hukum dalam Islam yang wajib dilakukan oleh semua, namun apabila sudah dilakukan oleh segelintir, sekumpulan, sekelompok muslim yang tertentu maka kewajiban ini gugurlah daripada bahu orang-orang Islam yang lain. Jika tidak maka semuanya akan berdosa di sisi Allah.
Antara Perkara yang termasuk dalam golongan Fardhu Kifayah ialah;
1. Pengurusan Jenazah: daripada memandikan hingga solat jenazah.
2. Menuntut ilmu keduniaan: terutamanya ilmu kedoktoran, ekonomi, kejuruteraan, startegi perang, dan lain-lain yang merupakan tuntutan keperluan dalam kalangan umat Islam. Jika tidak ada orang islam yang mempelajarinya maka segala perkara akan dimonopoli malah dimanipulasi oleh orang bukan Islam. Mungkin dengan itu boleh memberi mudharat kepada orang Islam, samada kesihatan tubuh badan, kewangan, atau mungkin dari segi akidah dan iman. Oleh kerana itu mempelajari ilmu-ilmu selain dari ilmu agam adalah Fardhu Kifayah. Kalau hari ini mempelajari ilmu Komputer, memahami penggunaan internet, mampu membina web atau blog juga termasuk dalam fardhu kifyah. Jika tidak umat Islam akan ketinggalan, ditipu, dipergunakan dan sebagainya.
3. Amar ma'ruf nahi munkar. Setiap orang Islam terletak di bahunya tanggungjawab menyeru kepada kebaikan, seperti mengingatkan orang lain tentang perbuatan haram dan berdosa. Juga sama-sama menyeru, saling ingat mengingati kepada perbuatan yang baik dan makruf. Jika sudah terdapat satu kumpulan yang kuat dan mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut maka hilanglah kefardhuannya kepada orang lain. Maka akan terlepaslah dari dosa. Jika tidak ada orang yang melakukannya, timbul pula dalam masyarakat perbuatan buruk yang melata, tiada lagi perbuatan yang baik, maka sudah pasti semuanya akan menanggung dosa.
4. Jihad ibtida`i. Seruan kepada berjihad menentang kekufuran atau mempertahankan hak, negara umat Islam adalah merupakan kewajipan kifayah kepada seluruh umat Islam. Kecuali jika sudah diambil peranannya oleh pemerintah, dengan melantik bahagian-bahagian tertentu mengendalikannya. Walau bagaimanapun kewajipan itu akan datang kembali jika pihak-pihak tertentu tidak mampu menanganinya dan memerlukakan kepada pertolongan orang ramai. Ketika itu jika tidak dilakukan maka akan berdosa semuanya.
5. Mendirikan Khilafah Islam. Iaitu berjuang mendaulatkan pemerintahan yang akan melaksanakan sistem pemerintahan Islam seluruhnya. Ini adalah Fardhu Kifayah kepada setiap umat islam. Jika tidak ada usaha ke arah tersebut maka hukumnya berdosa, apatah lagi jika bersekongkol dengan orang-orang bukan Islam untuk sama-sama menolak usaha ke arah pelaksanaan sebuah pemerintahan Islam dan pelaksanaan hukum Islam.
Selain daripada perkara yang tercatat di atas, masih ada lagi beberapa perkara lain, yang mungkin timbul kefardhuannya disebabkan kehendak masa dan keadaan.
Kesimpulannya fardhu kifayah, ialah suatu tindakan yang dilakukan bagi menyempurnakan urusan kehidupan umat Islam agar terhindar dari timbulnya kesusahan dan gangguan kepada orang lain, berlaku fitnah yang berleluasa terhadap masyarakat Islam, dihina, diperlekehkan, dimanipulasi dan diperbodoh-bodohkan oleh suatu kumpulan manusia yang lain.

No comments:
Post a Comment