Mati

MATI : Mati adalah bercerai roh dari jasad, apabila tiba saat penentuan umur seseorang manusia samada dia mahu atau tidak mahu. Berlakunya kematian apabila Malaikat yang ditugaskan oleh Allah mengambil nyawa manusia iaitu malaikat Izra’il.

Mengikut setengah pendapat ulamak malaikat maut datang menjenguk manusia, bagi melihat tempoh kematian seseorang sebanyak 70 kali sehari. Tetapi apabila mengampiri 100 hari dengan tempoh kematian, kedatangannya semakin kerap, sehingga akhirnya terus berada di kepala seseorang yang bakal menerima kematian menunggu tibanya tarikh yang ditetapkan Allah s.w.t.

Kematian bukanlah satu babak penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati. Firman Allah s.w.t :

Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh. Firman Allah s.w.t:



Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh beraada. Firman Allah s.w.t :



Hukum Mengingati Mati
Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya

Rasulullah pernah ditanya oleh sahabat baginda tentang siapakah orang yang paling cerdik baginda menjawab bahawa orang yang banyak mengingati mati itulah orang yang paling cerdik.

Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.

Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud :
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku
dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"

Hikmat Mengingati Mati
Dengan mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala laranganNya. Serta bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya.

Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut orang dengan kebaikan.

Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah.

Jenis-Jenis Kematian.
Mati terbahagi kepada dua jenis, iaitu
1. Mati Biasa
2. Mati Syahid.

Urus Jenazah Setelah Kematian.
Apabila seseorang telah pasti kematiannya maka wajiblah ke atas orang yang berada disekelilingnya menguruskan jenazahnya. Pengurusan Jenazah kematian biasa dengan mati syahid adalah berbeza, kerana mengikut apa yang disabdakan Rasulullah s.a.w., bahawa orang mati syahid dikebumikan tanpa dimandikan dan tanpa dikafankan tetapi disolatkan sebagaimana kematian biasa. Pengurusan Jenazah bagi kematian biasa proses dan tindakan yang seharusnya dilakukan adalah sebagaimana berikut:

1. Membuat sesuatu setelah dipastikan kematiannya;
2. Persediaan untuk Mandi Jenazah;
3. Persediaan untuk Kafan Jenazah;
4. Persediaan untuk Solat Jenazah;
5. Persediaan untuk Kebumikan Jenazah.

Jika tidak dilakukan sebagaimana di atas maka seluruhnya akan berdosa, kerana hukum menguruskan jenazah adalah Fardhu Kifayah.

Semua perkara di atas hendaklah dilakukan dengan seberapa segera yang mungkin. Termasuk juga dalam pengurusan itu ialah mempastikan hutang yang dipinjam daripada orang ramai, dimana menjadi tanggungjawab ahli keluarganya agar segera dilangsaikan jika mampu. Tanggungjawab ini terletak kepada anak-anak yang paling berkuasa samada dari segi senioritinya, kekayaannya dan sebagainya.

Jika ibubapa yang meninggal dunia, meninggalkan hutang yang banyak dan tidak pula meninggalkan harta untuk membayarnya maka wajib di atas anak-anak menanggung segala hutangnya, terutamanya yang paling berharta. Jika masih ada sedikit peninggalan daripada hartanya yang sepatutnya menjadi pusaka kepada anak-anaknya, maka wajib dijual untuk membayar hutangnya.

Begitu juga sebaliknya, jika ada orang lain yang berhutang dengannya hendaklah segera dibayar, kerana ia telah menjadi harta pusaka bagi yang hidup.

Setelah itu diteruskan dengan proses membersih mayatnya, memandikan, mengkafankan, menyolatinya dan mengembumikannya. Jika semua proses itu dilakukan maka selesailah satu pengurusan ke atas jenazah.

No comments: