Cara melaksanakannya.
1. Tiga hari sebelum melaksanakan solat istisqa’ imam atau ulama’ atau pemerintah memerintahkan kepada kaumnya agar berpuasa dahulu selama 4 hari dan menganjurkan juga agar mereka melakukan amal baik, seperti sedekah, taubat dari segala dosa, mengusahakan perdamaian antara orang-orang yang bermusuh dan melepaskan diri dari kezaliman.
2. Pada hari yang keempat puasa keluar beramai-ramai dengan memakai pakaian yang lusuh ke padang yang kering kontang dengan penuh khusyuk dan tawaddhuk merendah diri kepada Allah s.w.t. dan melakukan solat dua rakaat berjamaah. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya : ”Rasulullah s.a.w. telah keluar dalam keadaan tawaddhuk, menghina diri kepada Allah, khusyuk dan merendah diri. Kemudian baginda solat dua rakaat sebagaimana solat pada hari raya”.
Maknanya: Sahaja aku solat sunat Istisqa’ dua rakaat mengikut Imam kerana Allah taala”.
3. Setelah selesai solat Imam hendaklah berkhutbah dengan dua khutbah seperti khutbah hariraya, kecuali kedua-duanya hendaklah dimulai dengan istighfar 9 kali pada khutbah pertama dan 7 kali pada khutbah kedua sebagai ganti kepada takbir. Kerana firman Allah s.w.t.: Nuh 10-11.
10. "Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun. 11. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
Lafaz istighfar:
Apabila khutbah kedua bermula dan berlalu satu pertiga daripada khutbahnya, khatib hendaklah berpaling ke belakang dan menghadap kiblat dan menukarkan kedudukan kain selendangnya dari kanan ke kiri, sebagaimana hadits riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah, katanya:
"Rasulullah s.a.w. telah keluar pada hari meminta hujan, lalu baginda solat bersama-sama dengan kami dua rakaat tanpa azan dan iqamah. Kemudian baginda berkhutbah kepada kami dan berdoa kepada Allah serta mengubah wajahnya (berpaling) ke arah kiblat dalam keadaan mengangkat kedua tangannya. Kemudian baginda menukar kedudukan kain dengan dijadikan bahagian kanan ke bahagian kiri dan bahagian kiri ke bahagian kanan”.
Khatib disunatkan membaca doa dengan nyaring dan orang ramai juga disunatkan mengikuti khatib berdoa sebagaimana dilakukan oleh khatib dan disunatkan banyak beristighfar, bertaubat dan tunduk menghina diri kepada Allah s.w.t.
Di sunatkan juga membawa kanak-kanak kecil, orang-orang tua, binatang-binatang ternakan ke tempat solat kerana musibah yang berlaku adalah menimpa mereka semua.
Doa Solat Istisqa’
Setelah selesai solat dan khutbah maka berdoalah dengan doa berikut:
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah ia (air hujan yang akan turun) sebagai rahmat kepada kami. Janganlah Engkau jadikannya sebagai azab, penghapus, bala’, kehancuran dan banjir kepada kami. Ya Allah turunkanlah hujan ke atas bukit-bukit kecil, batu-batu besar, tempat tumbuh pepohon dan diperut-perut lembah. Ya Allah, turunkanlah ia disekitar kami, bukan ke atas kami. Ya Allah siramkanlah kami dengan hujan yang menyelamatkan kami dari kesusahan, yang menyedapkan kami, yang menyubur dan membesarkan (tanaman), juga hujan yang menembusi tanah, yang banyak dan menyeluruh serta berterusan hingga hari akhirat. Ya Allah, siramkanlah kami dengan hujan dan janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang-orang yang berputus asa. Ya Allah sesungguhnya hamba-hambaMu dan negeri ini sedang menghadapi kesusahan, kelaparan dan kesempitan yang kami tidak mengadu melainkan kepadaMu. Ya Allah, tumbuhkanlah bagi kami tanaman dan perbanyakkanlah bagi kami susu, dan turunkanlah ke atas kami keberkatan-keberkatan langit dan tumbuhkanlah bagi kami daripada keberkatan-keberkatan bumi. Hindarkanlah kami daripada bala yang mana bala itu tidak dapat dihindarkan melainkan olehaMu. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keampunanMu, sesungguhnya Engkau tuhan yang Maha Pengampun, maka kirimkanlah kepada kami langit (yang mengandungi) banyak (air).
(HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, As-Syafi’e dan lain-lain).
No comments:
Post a Comment