Solat Istikharah : Solat dua Rakaan yang dikerjakan bagi memohon hidayah daripada Allah s.w.t. supaya diberi pillihan yang baik diantara dua perkara yang menimbulkan keraguan untuk diambil keputusan. Solat sunat ini boleh dilakukan samada waktu siang atau malam, dan waktu yang laing afdhal diwaktu 2/3 malam (antara jam 2-5 pagi).
Lafaz niatnya :
Lafaz niatnya :
Ertinya : “Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala”
Setelah selesai solat istikharah lakukan juga solat hajat dua rakaat, mohon agar Allah memberikan petunjuk dengan cepat, dan baik.
Solat ini boleh dilakukan dalam menentukan pillihan apa sahaja, samada pekerjaan dunia, perniagaan, pasangan hidup, keputusan dan sebagainya. Boleh dilakukan setiap malam. Doa solat istikharah boleh dibaca di dalam sujud yang terakhir. Hendaklah dilakukan dalam beberapa malam jika sekiranya tanda-tanda pilihan dari Allah tidak juga muncul.

Doa selepas solat:
Ertinya: “Ya Allah, sesunguhnya aku meminta pentunjuk yang baik dariMu, Aku minta kekuatan dariMu, aku meminta dariMu kelebihan yang banyak. Maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui, bahkan Engkau sangat mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku, pada agamaku, pada duniaku dan pada kehidupanku dan baik pada kesudahan urusanku samada dengan segera atau perlahan, maka tentukanlah ia untukku dan permudahkan bagiku,
dan jika sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku, agamaku duniaku dan kesudahan urusanku samada dengan segera atau perlahan, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya.Tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Tanda-tandanya : Tanda-tanda bahawa Allah telah menentukan pilihan yang terbaik bagi kita, mungkin boleh muncul melalui mimpi, melalui rasa senang terhadap mana-mana perkara, merasa gembira atau teringat-ingat akan salah satu perkara yang diraguikan tadi. Sebagai contoh, apabila seorang jejaka melakukan solat istikharah kerana nak memilih di antara dua gadis sebagai calon isterinya, setelah dilakukan solat istikharah (mungkin beberapa malam), maka dia merasa senang, gembira, atau terbayangkan wajah, tingkahlaku salah seorang daripada dua gadis maka itulah alamat yang ditunjuk oleh Allah atau mungkin bermimpi berjumpa salah seorang gadis, senyum atau memandang ke arahnya.
No comments:
Post a Comment