WUDHU' atau WUDHUK : Membasuh atau menyapu anggota badan yang tertentu dan dimulakan dengan niat.
HUKUM WUDHUK
Wajib; ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu seperti solat, tawaf dan memegang al-Qur’an.
Sunat ; ketika hendak mandi wajib, hendak tidur, ketika marah, selepas tesilap menuturkan perkataan keji, menyentuh mayat, membaca al-Qur’an, memasuki masjid, azan dan menziarahi kubur bagi menambahkan pahala.
DALIL
Dari Firman Allah s.w.t.;
HUKUM WUDHUK
Wajib; ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu seperti solat, tawaf dan memegang al-Qur’an.
Sunat ; ketika hendak mandi wajib, hendak tidur, ketika marah, selepas tesilap menuturkan perkataan keji, menyentuh mayat, membaca al-Qur’an, memasuki masjid, azan dan menziarahi kubur bagi menambahkan pahala.
DALIL
Dari Firman Allah s.w.t.;
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali"
NIAT WUDHU'
RUKUN WUDHU’:
- Niat ; lafaz niat : Sahaja aku mengambil wudhu’ kerana Allah Taala.
- Membasuh Muka; meratakan air keseluruh muka dan dagu sekurang-kurangnya sekali rata dan disunatkan berturut-turut tiga kali rata, sambil niat.
- Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku, sekurang-kurangnya sekali rata dan disunatkan berturut-turut tiga kali rata dengan disunatkan memulakan tangan yang kanan.
- Menyapu air dikepala, sekurang-kurangnya sekali rata dan disunatkan berturut-turut tiga kali rata.
- Membasuh kaki hingga ke buku lali, sekurang-kurangnya sekali rata dan disunatkan berturut-turut tiga kali rata dengan disunatkan memulakan kaki yang kanan dahulu.
- Tertib, iaitu melakukan semua rukun di atas tadi dengan berturut. Tidak dalam jarak masa terpisah yang agak lama sehingga kering air di anggota wudhu’ tadi. Kecuali dalam keadaan darurat.
- Memulakan dengan Basmalah.
- Membasuh tangan hingga kepergelangan tangan.
- Berkumur-kumur.
- Memasukkan air ke dalam hidung.
- Menyapu semua kepala.
- Membasuh telinga.
- Mebersih celah-celah jari tangan dan kaki.
- Mendahulukan yang kanan.
- Membasuh tiga kali anggota wudhu’.
Cara berwudhu’ yang sempurna dengan rukun dan sunat.
- Memulakan dengan Basmalah.
- Membasuh tangan hingga kepergelangan tangan,
dan membersih celah-celah jari tangan 3 kali. - Berkumur-kumur 3 kali.
- Memasukkan air ke dalam hidung 3 kali.
- Membasuh muka 3 kali rata sambil niat.
- Membasuh tangan hingga ke siku 3 kali rata.
- Menyapu semua kepala 3 kali.
- Membasuh telinga 3 kali (serentak atau dimulakan dengan yang kanan dahulu).
- Membasuh kaki hingga ke buku lali, 3 kali rata.
(serentak atau dimulakan dengan yang kanan dahulu).
Doa-Doa Dalam Melakukan Wudhu'
- Doa Ketika Memulakan Wudhu'
- Doa Ketika Membasuh Tangan
- Doa Ketika Berkumur-kumur
- Doa Ketika Memasukkan Air Ke Hidung
- Doa Ketika Mengeluarkan Air Dari Hidung
- Doa Ketika Membasuh Muka
- Doa Ketika Membasuh Tangan Kanan
- Doa Ketika Membasuh Tangan Kiri
- Doa Ketika Menyapu Kepala
- Doa Ketika Menyapu Kedua Telinga
- Doa Ketika Membasuh Kaki Kanan
- Doa Ketika Membasuh Kaki Kiri
- Doa Sesudah Berwudhu'
Perkara Yang Membatalkan Wudhu' (Mazhab Syafi'e)
- Menyentuh atau tersentuh kemaluan dengan tapak tangan (tapak tangan termasuk juga sisinya selagi ada warna yang sama dengan kulit tapak tangan, samada sendiri atau orang lain.
- Keluar sesuatu dari dua lubang, dubur dan qubul, seperti keluar kentut, kencing atau berak, keluar mani, keluar mazi ataupun keluar madi.
- Gila walaupun sekejap atau pengsang yang lama.
- Murtad atau keluar daripada Islam walaupun disusuli dengan taubat kemudian daripadanya.
- Bersentuhan kulit di antara lelaki dan perempuan yang bukan Mahram, termasuk suami dan isteri walaupun usia sudah tua (walaupun pada pandangan zahir sudah tidak ada nafsu).
- Tidur yang tidak tetap letak punggungnya. Jika tidur dalam keadaan punggung mencecah lantai atau kerusi sepenuhnya, mengikut jumhur ulama' tidak membatalkan wudhu'. Dalam ertikata yang lain.
No comments:
Post a Comment