Syarat Wajib Solat : Solat tidak wajib dikerjakan kecuali oleh mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:
Islam. Maka ia tidak diwajibkan atas orang bukan Islam sekalipun ia dipaksa atau diperintah oleh pemerintah.
Sihat akal fikiran. Ia tidak diwajibkan ke atas orang yang gila dan pengsan yang lama. Pengsan yang lama bermaksud sekiranya mencapai dua waktu yang diharuskan jamak seperti zohor dan asar, atau sekarang ini disebut dengan koma. Ulama’ Syafi’e berpendapat jika seseorang itu pengsan atau gila selama satu waktu solat penuh, gugurlah kewajipan solatnya (ketika itu). Sebaliknya Imam Hanafi berpendapat tidak akan gugur kecuali selama 6 waktu dan gugur juga keharusan qada.
Baligh, maka solat tidak diwajibkan atas kanak-kanak yang belum baligh hingga dewasa. Tetapi walinya atau penjaga hendaklah menyuruh kanak-kanak di bawah jagaannya jika sekiranya berumur 7 tahun dan boleh memukulnya jika berusia lebiih 10 tahun. Ini supaya kanak-kanak berkenaan menjadi terbiasa dengan solat apabila sampai peringkat umur baligh nanti.
Sampai dakwah, atau sampai seruan dari Nabi s.a.w. dan mengetahui syariat Islam tentang solat. Syarat ini sudah terpenuh dengan sendirinya pada hari ini. Kerana disekeliling kita sudah ada al-Qur’an, hadits, pemerintah islam, qadhi, alim ulamak, ustaz, guru, tepat penganjian agama Islam dan sebagainya.
Suci dari haid dan nifas. Ini kerana wanita yang mengalami haid atau melahirkan anak dan tempoh nifasnya belum habis maka dia tidak wajib menunaikan solat dan tidak wajib qada.
Sihat jasmani dan rohani. Kerana itu orang dilahirkan dalam keadaan buta dan tuli sekaligus tidak diwajibkan solat, kerana dia tidak mampu mempelajari ilmu tentang solat kerana telingan tidak dapat mendengar dan matanya tidak dapat melihat.
No comments:
Post a Comment