Syarat Sah Solat

Syarat Sah Solat : Solat seseorang tidak akan sah dan diterima solatnya jika tidak memenuhi syarat-syarat sahnya. Di antara syarat sah solat ialah;

1. Mengetahui masuknya waktu.
Dalam hal ini jika tidak ada jam atau kalendar, cukup hanya dengan keyakinan atau sangkaan yang kuat sahaja. Maka haruslah baginya menunaikan solat, baik hal itu diberitahu oleh orang yang jujur, seruan azan dari muazzin yang dapat dipercayai atau hasih usaha/pengetahuan peribadi berdasarkan tanda-tanda tertentu.

2. Suci dari hadas kecil dan hadas besar.
Ini bererti seseorang yang akan mengerjakan solat itu wajib mempunyai wudhu'. berdasarkan firman Allah s.w.t. :


6. Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; ………( al-Maa’idah : 6)

3. Suci pakaian, badan dan tempat solat dari najis.
Mengetahui suci pakaian, berdasarkan firman Allah s.w.t :

4. Menutup aurat. Aurat hendaklah ditutup dengan sesuatu yang menahan daripada kelihatan warna kulit. Batasan aurat bagi lelaki ialah dari atas pusat hingga bawah lutut, manakala aurat bagi perempuan ialah seluruh badannya kecuali dua tangan (pergelangan hingga hujung jari) dan muka.

5. Menghadap Ke arah Kiblat. Selama dalam solat dari awal rukun hingga akhirnya dada wajiblah menghala ke arah Kiblat atau Kaabah. Jika dada berpaling dari arah kiblat maka batallah solatnya. Hal ini bagi orang yang mampu, jika tidak mampu boleh diarahkan ke mana sahaja dengan mengisyaratkan semasa takbiratul ihram kita sedang mengadap kiblat. Termasuk di kalangan orang yang tidak mampu ialah orang sakit terlantar dikatil hospital dan dilarang dari bergerak, berada di atas kenderaan sedangkan waktu semakin sedikit, berada di medan peperangan yang mana musuh berada di mana-mana sahaja. (lihat Solat Khauf)


.....maaf masih dalam pembinaan.....

No comments: