Adab Tidur
1. Sunat menepuk (tepuk2 untuk ilangkan abuk) tempat tidur sebelum tidur sebanyak tiga kali.
2. Membaca ‘Bismillah’ ketika menepuknya sebagaimana hadits riwayat Muslim.
Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi, maka dianjurkan untuk menepuknya kembali.
3. Dilarangan tidur satu selimut
Berdasarkan hadits: Dari Abu Said Al-Khudri dari bapaknya bahawasanya Rasulullah bersabda: “Janganlah lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan janganlah seorang wanita melihat aurat wanita yang lain, dan janganlah lelaki berkumpul dengan lelaki lain dalam satu selimut, dan janganlah wanita berkumpul dengan wanita lain dalam satu selimut”.
4. Berbaring Kesisi Kanan
Imam Ibnul Qoyyim berkata: “Adalah Nabi tidur dengan berbaring kekanan dan beliau meletakkan tangannya yang kanan dibawah pipinya yang kanan”.
Sahabat Mulia Hudzaifah berkata: “Adalah Nabi apablla tidur beliau meletakkan tangannya di bawah pipinya”.
Imam Ibnul Jauzy berkata: “Keadaan tidur seperti ini sebagaimana ditegaskan oleh pakar kedokteran merupakan keadaan yang paling baik bagi tubuh”.
5. Berwudhu
Rasulullah bersabda: “Apabila kalian hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhuklah seperti wudhuk kalian untuk solat kemudian berbaringlah ke sisi kanan!”
6. Membaca Ayat Al-Qur’an
Dianjurkan bagi setiap orang yang hendak tidur untuk membaca ayat-ayat AI-Qur’an terlebih dahulu, diantaranya:
Ayat Kursi, berdasarkan hadits tentang kisah Abu Hurairah yang diajari oleh Syaitan akan kepentingan ayat kursi dengan katanya (syaitan): “Jika engkau membacanya, maka Allah senantiasa akan menjagamu dan Syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.”
Surah-surah Al-lkhlas, AI-Falaq, An-Naas, berdasarkan hadits A’isyah dia berkata: “Adalah Rasulullah apabila hendak tidur beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu meniupnya seraya membaca surat Al-lkhlas, AlFalaq, An-Naas, kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangannya ke bahagian tubuh yang mampu diusap, dimulai dari kepala, wajah dan bahagian tubuh lainnya sebanyak tiga kali.
Membaca Dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah, berdasarkan hadits: Dari Abu Mas’ud Al Badriyyi bahwasanya Rasulullah bersabda: “Dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah barang siapa yang membacanya diwaktu malam maka akan mencukupinya”. Iaitu firman Allah s.w.t.:
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاََ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
لاََ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاََّّ وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لاََ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَ لاََ تُحَمِّلْنَا مَا لاََ طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْ لاََ نَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Makna Ayat:
286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
(QS Al-Baqarah : 285-286)
7. Membaca Do’a
Banyak sekali doa sebelum tidur yang telah diajar oleh Nabi diantaranya:
“Yaa Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup”.
“Yaa Allah… aku berserah diri kepada-Mu, aku serahkan segala urusanku kepada-Mu, aku sandarkan punggungku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tidak ada tempat bersandar dan tempat menyelamatkan kecuali kepada-Mu, Yaa Allah… aku beriman kepada kitabMu yang telah engkau turunkan dan kepada NabiMu yang telah engkau utus”.
Maka jika engkau meninggal pada malam itu engkau meniggal dalam keadaan beriman dan jadikanlah do’a tersebut akhir yang engkau ucapkan.
8. Apa yang harus dilakukan jika bermimpi?
Dari Abdullah Bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah bersabda: “Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedamgkam mimpi yang buruk dari syaitan, maka apabila salah seorang diantara kalian mimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukkannya, sesungguhnya hal itu tidak akan memudharatinya”.
Apabila bermimpi baik hendaklah ia memuji Allah dan menceritakannya kepada orang yang menyukai.
9. Jangan tidur telungkup (meniarap).
Berdasarkan hadits dari Tikhfah Al-Ghifari dia berkata: Suatu ketika tatkala aku tidur didalam masjid, tiba-tiba ada seorang menghampiriku, sedangkan aku dalam keadaan tidur terlungkup, lalu dia membangunkanku dengan kakinya seraya berkala: Bangunlah! Ini adalah bentuk tidur yang dibenci Allah", maka akupun mengangkat kepalaku ternyata beliau adalah Nabi.
Berkata Syaroful Haq ‘Azhim Abadi: “Berdasarkan hadits ini, bahawa tidur telungkup diatas perut adalah dilarang, dan itu adalah bentuk tidurnya syaitan”.
Di antara hikmahnya ialah, tidur terlungkup boleh menyebabkan kemaluan berhimpit dan akan menaikkan syahwat sehingga boleh membawa mimpi besetubuh.
10. Jangan tidur diatas rumah tanpa penutup
Berdasarkan hadits: Dari Ali Bin Syaiban bahawasanya Rasulullah: bersabda: Barang siapa yang tidur diatas rumah tanpa penutup / penghalang maka sungguh telah terlepas darinya penjagaan”.
11. Berdoa ketika bangun tidur
Ketika bangun dari tidur hendaklah kita berdo’a: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan hanya kepadaNya kami akan dibangkitkan “.
12. Tasbih, Takbir dan Tahmid.
Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.
13. Surah al-Ikhlas, Selawat dan Istighfar dan wirid.
Suatu hari Rasulullah saw masuk ke rumah Sayyidah Fathimah as. Ketika itu, Fathimah sudah berbaring untuk tidur. Rasulullah saw lalu berkata, "Wahai Fathimah, lâ tanâmi. Janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan empat hal; mengkhatam Al-Quran, memperoleh syafaat dari para nabi, membuat hati kaum mukminin dan mukminat senang dan redha kepadamu, serta melakukan haji dan umrah."
Fathimah bertanya, "Bagaimana mungkin aku melakukan itu semua sebelum tidur?" Rasulullah saw menjawab, "Sebelum tidur, bacalah oleh kamu Qul huwallâhu ahad tiga kali. Itu sama nilainya dengan mengkhatam Al-Quran."
Yang dimaksud dengan Qul huwallâhu ahad adalah seluruh surah Al-Ikhlas, bukan ayat pertamanya saja. Rasulullah saw melanjutkan ucapannya, "Kemudian supaya engkau mendapat syafaat dariku dan para nabi sebelumku, bacalah selawat:
"
Kemudian supaya kamu memperoleh rasa redha dari kaum mukminin dan mukminat, supaya kamu disenangi oleh mereka, dan supaya kamu juga redhaa kepada mereka, bacalah istighfar bagi dirimu, orang tuamu, dan seluruh kaum mukminin dan mukminat.
"
أستغفر الله العظيم لى ولوالدي ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء والأموات
Nasihat terakhir dari Rasulullah saw kepada Fathimah adalah, “Sebelum tidur, hendaknya kamu lakukan haji dan umrah.” Bagaimana caranya? Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang membaca subhânallâh wal hamdulillâh wa lâ ilâha ilallâh huwallâhu akbar, ia dinilai sama dengan orang yang melakukan haji dan umrah.”
سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر
Menurut Rasulullah saw, barangsiapa yang membaca wirid itu lalu tertidur, kemudian dia bangun kembali, Allah menghitung waktu tidurnya sebagai waktu berzikir sehingga orang itu dianggap sebagai orang yang berzikir terus menerus. Tidurnya bukanlah tidur ghaflah, tidur kelalaian, tapi tidur dalam keadaan berzikir. Sebetulnya, bila sebelum tidur kita membaca zikir, tubuh kita akan tertidur tapi ruh kita akan terus berzikir. Sekiranya orang itu terbangun di tengah tidurnya, nescaya dari mulut orang itu akan keluar zikir asma Allah.
Semasa sedang tidur kita mungkin dikejutkan atau melakukan sesuatu. Segala perbuatan dan kejadian itu hendaklah disertakan dengan doa.
Ada setengah ulamak menjadikan amalan berikut sebelum memulakan tidur:
1. Berwudhuk dengan sempurna.
2. Membaca surah al-Mulk sekali.
3. Membaca surah al-Waaqi'ah sekali.
4. Membaca surah-surah al-Ikhlas, al-Falaq, An-Nas.
5. Membaca ayat kursi
6. Membaca doa sebelum tidur sekali.
1. Ayat pendinding
وجعلنا من بين أيديهم سدا ومن خلفهم سدا فأغشيناهم فهم لا يبصرون
2. Doa menolak kejahatan
بسم الله الذى لا يضر مع اسمه شيئ فى الأرض ولا فى السماء وهو السميع العليم
No comments:
Post a Comment