HAMKA

HAMKA : Adalah singkatan daripada Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Nama sebenarnya ialah Haji Abd. Malik bin Sheikh Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah. Dilahirkan di sebuah kampong yang dikenali sebagai Desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Lahir pada 16 Februari 1908 bersamaan 13 Muharam 362 Hijrah.

Ayahnya seorang ulama Islam yang terkenal yang telah membawa pembaharuan Islam di Minangkabau.

Sejak tahun 1934 beliau memegang jawatan anggota tetap majlis konsul Muhammadiah, Sumatera Tengah dan pada tahun 1946 mengetuai gerakan Muhammadiah.

Selama hidupnya banyak sumbangan untuk masyarakat Indonesia dan umat Islam umumnya telah disumbangkan. Banyak kitab-kitab karangannya menjadi rujukan umat Islam hingga hari ini. Beliau meninggal dunia pada 24 Julai 1981, ketika berumur 73 tahun.

Sifat-sifat peribadi
1. Hamka seorang yang pintar dan bijak.

2. Beliau juga terkenal sebagai ahui kesusasteraan Melayu klasik serta pengarang yang masyhur dan novelis terkemuka dan mahir dalam bahasa Arab.

3. Hamka terkenal sebagai ahli falsafah dan pujangga Islam.

Pendidikan
1. Hamka mendapat pendidikan awal daripada bapanya. Beliau mempelajari ilmu-ilmu asas agama serta mempelajari al-Quran sehingga khatam.

2. Pada tahun 1915 ketika beliau berusia tujuh tahun, beliau memasuki sekolah desa di Padang Panjang. Pada tahun 1918 pula beliau menuntut di sekolah datuknya, Muhammad Amrullah.

3. Hamka berpeluang mendalami pelajaran tafsir daripada Kiai Bagus Harikusomo di Tanah Jawa pada tahun 1924 serta berpeluang menuntut ilmu daripada tokoh terkenal seperti Shamsurrijal dan Haji Fakhruddin. Kegiatan ilmiah yang dianjur oleh tokoh-tokoh tersebut adalah dalam seminar, ceramah, kuliah, perbincangan, serta persidangan.

Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam
1. Hamka merupakan seorang tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf.

2. Beliau juga merupakan tokoh agama dan pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada agama, bangsa, dan negara melalui organisasi, ceramah, serta hasil-hasil karya yang ditulisnya.

3. Pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan kolej Kuliah Al-Muballighin di Padang Panjang yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal.
4. Beliau juga banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam kesusasteraan sehingga beliau mendapat gelaran "Hamzah Fansuri zaman baharu.

5. Pada tahun 1925, Hamka memulakan kerjayanya sebagai pengarang di Padang Panjang. Beliau menulis majalah "Seruan Islam di Tanjung Para Langkat, menerbitkan majalah "Pedoman masyarakat, dan "Panji Masyarakat. Pada tahun 1930 Hamka mula mengarang dalam akhbar "Pembela Islam di Bandung.

Hasil-hasil karya
1. Hamka telah menulis 60 buah buku selama dua puluh lima tahun.

2. Contoh karangan beliau dalam novel adalah seperti novel "Tenggelamnya Kapal Van der Vijk, "Di Bawah Lindungan Kaabah, "Merantau Ke Deli, "Terusir, "Keadilan Ilahi dan lain-lain.

3. Dalam bidang agama dan falsafah pula, karangan beliau terdiri daripada "Tasawuf Moden, Falsafah Hidup, "Lembaga Hidup, "Lembaga Budi, "Pedoman Mubaligh Islam, dan lain-lain.

4. Antara hasil-hasil karya Hamka yang menggoncangkan semangat revolusi ialah "Revolusi Fikiran, "Revolusi Agama”, "Adat Minangkabau”, "Menghadapi Revolus”, "Negara Islam”, "Sesudah Naskah Renville”, "Muhammadiah Melalui Tiga Zaman”, "Dari Lembah Cita-Cita Merdeka”, serta "Islam dan Demokrasi”.

5. Pada tahun 1929, Hamka menghasilkan buku-buku, "Agama dan Perempuan”, "Pembela Islam”, dan lain-lain lagi
Tajuk-Tajuk Karya Penulisannya
  1. Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
  2. Si Sabariah. (1928)
  3. Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
  4. Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).
  5. Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
  6. Kepentingan melakukan tabligh (1929).
  7. Hikmat Isra' dan Mikraj.
  8. Arkanul Islam (1932) di Makassar.
  9. Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
  10. Majallah 'Tentera' (4 nomor) 1932, di Makassar.
  11. Majallah Al-Mahdi (9 nomor) 1932 di Makassar.
  12. Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
  13. Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.
  14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
  15. Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
  16. Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.
  17. Margaretta Gauthier (terjemahan) 1940.
  18. Tuan Direktur 1939.
  19. Dijemput mamaknya,1939.
  20. Keadilan Ilahy 1939.
  21. Tashawwuf Modern 1939.
  22. Falsafah Hidup 1939.
  23. Lembaga Hidup 1940.
  24. Lembaga Budi 1940.
  25. Majallah 'SEMANGAT ISLAM' (Zaman Jepang 1943).
  26. Majallah 'MENARA' (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.
  27. Negara Islam (1946).
  28. Islam dan Demokrasi,1946.
  29. Revolusi Pikiran,1946.
  30. Revolusi Agama,1946.
  31. Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.
  32. Dibantingkan ombak masyarakat,1946.
  33. Didalam Lembah cita-cita,1946.
  34. Sesudah naskah Renville,1947.
  35. Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret,1947.
  36. Menunggu Beduk berbunyi,1949 di Bukittinggi,Sedang Konperansi Meja Bundar.
  37. Ayahku,1950 di Jakarta.
  38. Mandi Cahaya di Tanah Suci. 1950.
  39. Mengembara Dilembah Nyl. 1950.
  40. Ditepi Sungai Dajlah. 1950.
  41. Kenangan-kenangan hidup 1,autobiografi sejak lahir 1908 hingga tahun 1950.
  42. Kenangan-kenangan hidup 2.
  43. Kenangan-kenangan hidup 3.
  44. Kenangan-kenangan hidup 4.
  45. Sejarah Ummat Islam Jilid 1, ditulis tahun 1938 hingga 1950.
  46. Sejarah Ummat Islam Jilid 2.
  47. Sejarah Ummat Islam Jilid 3.
  48. Sejarah Ummat Islam Jilid 4.
  49. Pedoman Mubaligh Islam, Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.
  50. Pribadi,1950.
  51. Agama dan perempuan,1939.
  52. Muhammadiyah melalui 3 zaman,1946,di Padang Panjang.
  53. 1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat, dibukukan 1950).
  54. Pelajaran Agama Islam,1956.
  55. Perkembangan Tashawwuf dari abad ke abad,1952.
  56. Empat bulan di Amerika, 1953 Jilid 1.
  57. Empat bulan di Amerika Jilid 2.
  58. Pengaruh Ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Cairo 1958), utk Doktor Honoris Causa.
  59. Soal jawab 1960, disalin dari karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.
  60. Dari Perbendaharaan Lama, 1963 dicetak oleh M. Arbie, Medan; dan 1982 oleh Pustaka Panjimas, Jakarta.
  61. Lembaga Hikmat,1953 oleh Bulan Bintang, Jakarta.
  62. Islam dan Kebatinan,1972; Bulan Bintang.
  63. Fakta dan Khayal Tuanku Rao, 1970.
  64. Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965, Bulan Bintang.
  65. Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri), 1963, Bulan Bintang.
  66. Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.
  67. Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).
  68. Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).
  69. Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.
  70. Studi Islam 1973, diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
  71. Himpunan Khutbah-khutbah.
  72. Urat Tunggang Pancasila.
  73. Doa-doa Rasulullah s.a.w., 1974.
  74. Sejarah Islam di Sumatera.
  75. Bohong di Dunia.
  76. Muhammadiyah di Minangkabau 1975, (Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).
  77. Pandangan Hidup Muslim, 1960.
  78. Kedudukan perempuan dalam Islam, 1973.
  79. Tafsir Al-Azhar Juzu' 1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara oleh Sukarno.

No comments: