Dalam tempoh iddah juga, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam iddah Talak Raj’ie bukan Talak Ba’in Sughra. (Talak yang boleh dirujuk).
Jenis-Jenis Iddah
Ia terbahagi kepada 2 iaitu :
a) Iddah Raj’ie.
b) Iddah Ba’in.
2) Li'an
3) Fasakh
4) Khuluk (Tebus Talak)
5) Ila’
6) Isteri yang belum disetubuhi oleh bekas suami barunya.
Iddah Perempuan Yang Diceraikan
1) Perempuan yang masih ada haid, iddahnya 3 kali suci haid
2) Perempuan yang belum datang haid @ belum cukup umur @ telah putus haid, iddahnya 3 bulan
3) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga melahirkan anak
Iddah bagi perempuan kematian suami
1) Perempuan yang tidak mengandung, iddahnya 4 bulan 10 hari
2) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga melahirkan anak
Peringatan:
1. Sekiranya perempuan tersebut diceraikan dengan iddah raj’ie, kemudian bekas suaminya meninggal dalam tempoh iddah tersebut, maka iddahnya bertukar kepada iddah kematian suami.
2. Perempuan yang diceraikan sebelum disetubuhi tiada iddah. Sementara wanita yang kematian suami wajib iddah walaupun belum disetubuhi.
3. Bagi persetubuhan syubhah (tersilap menyangka isterinya tetapi orang lain) iddahnya adalah sama seperti perempuan yang diceraikan sama ada ditalak atau kematian suami.
4. Orang yang berzina, tiada iddah kerana iddah bertujuan untuk memelihara nasab sementara zina tidak sah taraf nasabnya berdasarkan pendapat Abu Bakar, Umar dan pengikut Mazhab Syafi’e dan Hanafi.
Hak-Hak Isteri Yang Diceraikan
a) Isteri yang berada dalam iddah Raj’ie berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh iddah
b) Isteri yang berada dalam iddah Ba’in adalah seperti berikut :
- Isteri yang tidak hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal
- Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah
- Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa kematian suaminya.
Iddah terbahagi kepada beberapa bahagian:
1. Iddah hamil; iaitu batas waktunya dengan sebab melahirkan anak, apabila berlaku perceraian perkahwinan, sedangkan isteri dalam keadaan hamil maka batas iddahnya sampai waktu melahirkan, kalau beranak kembar iddahnya sehingga lahir anak yang terakhir.
Iddah yang diperhitungkan batas waktunya dengan jumlah bulan, termasuk iddah kematian suami. Sebagaimana firman Allah, surah at-Talaq: 4.
4. Iddah kerana suami murtad, jika masih ada haid tempohnya selama satu kali haid, jika mengandung sehingga melahirkan dan bagi yang belum dan tidak datang bulan iddahnya selama satu bulanNafkah Wanita Beriddah. Seorang wanita yang sedang dalam iddah wajib menerima nafkahnya dari bekas suaminya yang masih hidup jika perceraiannya dari perkahwinan yang sah. Wanita yang tidak wajib mendapat nafkah dari perceraian hidup dengan suaminya seperti wanita yang akad nikahnya batal, wanita yang bercerai kerana kematian suami dan perceraian berlaku kerana fasakh kerana kesalahan isteri seperti berbuat maksiat. Manakala selain dari apa yang dinyatakan di atas, maka wanita yang diceraikan wajib mendapat nafkah, seperti iddah talak raj'i, talak bai'in dalam masa mengandung, sebagaimana firman Allah, at-Talaq: 6.
At-Talaaq 6 : Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai Dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu Yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) Dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak Yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) Dengan cara Yang baik. dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
No comments:
Post a Comment