Ashabul Muqarrabin

ASHABUL MUQARRABIN : Mereka adalah golongan umat Islam yang hati dan perasaan hanya kepada Allah. ‎Setiap amalannya penuh khusyuk dan ikhlas kepada Allah.‎

Selain dari itu, mereka yang termasuk dalam golongan ‘bi ghairi hisab’ ini adalah ‎para syuhada (orang yang mati syahid). Mereka adalah golongan orang ‘Muqarrabin’ ‎yang ertinya orang yang sangat dekat dengan Allah swt. disebabkan pengorbanan ‎mereka dalam menegakkan agama Allah swt. Bahkan nyawapun sanggup mereka ‎korbankan semata-mata untuk mempertahankan agama Allah swt. Oleh sebab itu ‎tidak hairan mengapa mereka mendapat kedudukan yang begitu tinggi di sisi Allah ‎swt.‎

Abul Aliah mengatakan, “Tidak akan dipisahkan nyawa seorang muqarrabin sebelum ‎dihadirkan kepadanya satu dahan dari kenikmatan Syurga, lalu ruhnya itu disimpan di ‎sana.” Di dalam sebuah hadits sahih dikemukakan bahawa Rasulullah saw. bersabda, ‎‎“Ruh-ruh para Syuhada (orang-orang yang mati sedang berjihad menegakkan agama ‎Allah) itu dalam perut-perut burung hijau yang berterbangan di taman-taman Syurga ‎kemana saja mereka kehendaki, kemudian bermalam pada pelita-pelita yang ‎bergantungan pada Arasy.”‎


Maksudnya: ‎“Adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang-orang Muqarrabin (didekatkan ‎kepada Allah), (88) maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta Syurga ‎kenikmatan.(89)‎

Amalan Golongan Muqarrabin

Dalam amalan mereka memulakan sesuatu dengan Niat, kmudian disusuli dengan ‎doa dan nazar, merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh golongan ini.‎

Dalam persahabatan golongan ini merupakan seorang sahabat dapat memberi ‎tanggungjawab terhadap sahabatnya dengan memberi sesuatu kepunyaannya ‎dibahagi dua kepada sahabat-sahabatnya. Apa sahaja yang dia dapat, maka separuh ‎untuknya dan separuh lagi untuk sahabatnya. Dengan kata-kata yang lain setiap ‎nikmat yang dia perolehi dia akan memberi sahabatnya separuh daripadanya iaitu ‎sama banyak atau dibahagi dua

No comments: