Miqat

MIQAT : Miqat ialah sempadan tempat dan masa kepada seseorang jemaah haji atau ‎umrah bagi memulakan niat ihram.‎

Miqat Haji ada dua jenis, iaitu Miqat Zamani dan Miqat Makani. Adapun bagi ibadat ‎Umrah tidak ada Miqat Zamani baginya.:‎

‎1. Miqat Zamani: Iaitu batasan-batasan waktu di mana dilakukan ibadah haji. Batasan ‎waktu tersebut adalah di dalam bulan-bulan haji (Syawwal, Dzul Qa’dah, dan 10 hari ‎pertama dari bulan Dzul Hjjah). Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:‎

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُوْمَاتٌ

‎“Haji itu pada bulan-bulan yang telah ditentukan.” (Al-Baqarah: 197)‎

‎2. Miqat Makani: Iaitu suatu tempat yang telah ditentukan dalam syariat, untuk memulai ‎niat ihram haji dan umrah.‎

Miqat Makani tersebut ada lima tempat, iaitu:‎

Pertama: Dzul Hulaifah (sekarang dinamakan Abyar ‘Ali atau Bir ‘Ali). Tempat ini ‎adalah miqat bagi penduduk kota Madinah dan jemaah yang datang dari Madinah melalui ‎laluan mereka. Jaraknya dengan kota Makkah sekitar 420 km.‎

Kedua: Al-Juhfah. Tempat ini adalah miqat penduduk Saudi Arabia bahagian utara dan ‎negara-negara Afrika Utara dan Barat, serta penduduk negeri Syam (Lebanon, Yordania, ‎Syiria, dan Palestina). Jaraknya dengan kota Makkah kurang lebih 208 km. Namun ‎tempat ini telah ditenggelami banjir, dan sebagai gantinya adalah daerah Rabigh yang ‎berjarak kurang lebih 186 km dari kota Makkah.‎

Ketiga: Qarnul Manazil (sekarang dinamakan As-Sail), yang berjarak kurang lebih 78 km ‎dari Makkah, atau Wadi Muhrim (bahagian atas Qarnul Manazil) yang berjarak kurang ‎lebih 75 km dari kota Makkah. Tempat ini merupakan miqat penduduk Najd dan yang ‎setelahnya dari negara-negara Teluk, Irak (bagi yang melewatinya), Iran, dll. Demikian ‎pula penduduk bahagian selatan Saudi Arabia yang berada di seputaran pegunungan ‎Sarat.‎

Keempat: Yalamlam (sekarang dinamakan As-Sa’diyyah), yang berjarak kurang lebih ‎‎120 km dari kota Makkah. Ini adalah miqat penduduk negara Yaman, Indonesia, ‎Malaysia, dan sekitarnya.‎

Kelima: Dzaatu ‘Irqin (sekarang dinamakan Adh-Dharibah), yang berjarak kurang lebih ‎‎100 km dari kota Makkah. Ini adalah miqat penduduk negeri Irak (Kufah dan Bashrah) ‎dan penduduk negara-negara yang melewatinya. Awal mula direalisasikannya Dzatu ‎‎‘Irqin sebagai miqat adalah di masa khalifah ‘Umar bin Al-Khaththab. iaitu ketika ‎penduduk Kufah dan Bashrah merasa kesulitan untuk pergi ke miqat Qarnul Manazil, dan ‎mereka mengadu kepada khalifah. Mereka pun diperintah untuk mencari tempat yang ‎sesuai dengannya. Dan akhirnya dijadikanlah Dzatu ‘Irqin sebagai miqat mereka dengan ‎kesepakatan dari khalifah Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu, yang ternyata ‎sesuai dengan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana dalam Shahih ‎Muslim dari hadits Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma. (Lihat Taudhihul Ahkam juz ‎‎4, hal. 43-48, Asy-Syarhul Mumti’ juz 4, hal. 49-50, Irwa`ul Ghalil, juz 4 hal. 175)‎

No comments: