Nafar

NAFAR : Iaitu meninggalkan Mina setelah melakukan lontaran di ketiga-tiga Jamrah.‎

Bahagian Nafar

Nafar terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Nafar Awal dan Nafar Thani.‎

Nafar awal: Iaitu meninggalkan Mina setelah melakukan lontaran Jamratul Aqabah pada ‎‎10 Zulhijjah, dan melontar di ketiga-tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah sebelum ‎tenggelamnya matahari pada 12 Zulhijjah, dengan niat tidak akan kembali lagi ke Mina ‎pada hari yang ke 13 Zulhijjah.‎

Nafar Thani : ialah bermalam 3 malam dan melontar 3 hari. Atau dengan kata lain ‎menyelesaikan semua urusan melontar di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.‎

Hukum Nafar Awal

Sah haji seseorang yang melakukan nafar awal dan tidak mengurangkan pahala hajinya. ‎Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:‎

Syarat Nafar Awal

Nafar awal boleh dilakukan setelah seseorang jemaah haji melakukan bermalam dua ‎malam, malam 11 dan 12 dan melontar di ketiga-tiga jamrah pada hari ke 11 dan 12 ‎Zulhijjah serta berangkat keluar dari Mina sebelum Maghrib hari 12 Zulhijjah.‎

Hikmat Nafar Awal

‎1. Nafar awal boleh mengelak kesulitan yang dialami oleh jemaah haji di mina kerana ‎tempat tinggalnya dan keadaan bilik air dan tandas yang bersesak-sesak.‎

‎2. Dapat segera menyelesaikan rukun-rukun haji yang masih tertinggal seperti Tawaf dan ‎Sa’ie.‎

‎3. Mengelakkan jemaah haji daripada menjalani masa yang lama dalam ihram haji, ‎terutama bagi pasangan jemaah yang muda.‎

‎4. ‎

No comments: