Zubair bin Awwam : Suatu ketika Rasulullah s.a.w. bersabda, "Zubair dan Thalhah akan menjadi tetanggaku di surga." Zubair bin Awwam merupakan menantu kepada Saidina Abu Bakar dan suami Asma’ binti Abu Bakar.
Zubair adalah putra Al Awwam dan ayah dari Abdullah. Rasulullah s.a.w.menyebutnya sebagai hawari-e-Rasul, atau murid sang penyampai pesan Allah s.w.t. Ia merupakan satu dari sepuluh orang sahabat yang dijanjikan masuk surga.
Keunggulan pribadinya barangkali tergambar dari apa yang dikatakan Umar bin Khattab. Umar menyebut Zubair sebagai salah satu tiang Islam. Selain sebagai sahabat yang paling pertama menganut Islam, Zubair memiliki hubungan kekerabatan yang sangat dekat dengan Rasulullah s.a.w.
Zubair merupakan sepupu Rasulullah s.a.w.dari ibu saudaranya Safiyah yang juga salah satu puteri Abdul Mutthalib. Sementara Khadijah binti Khuwailid yang merupakan isteri Rasulullah s.a.w.adalah ibu saudara Zubair, sehingga dalam hal ini Rasulullah s.a.w.merupakan pamannya.
Kemudian Asma, putri Abu Bakar Siddiq dan kakak tertua Aisyah yang kemudian menjadi isteri Rasulullah SAW, merupakan isteri dari Zubair, sehingga ia merupakan saudara ipar Rasulullah s.a.w.. Selain itu, secara silsilah keturunan, Zubair bin Awwam dan Rasulullah s.a.w.berasal dari satu nenek moyang yang sama iaitu dari Qusai putra Kalab.
Ayah Zubair, Al Awwam, meninggal dunia ketika Zubair masih kecil. Ibunya, Safiyah, merupakan wanita berani yang sangat tegas yang menginginkan putranya juga menjadi seorang yang berani. Ia memaksa Zubair belajar dan bekerja keras agar menjadi besar dan kuat. Untuk mewujudkan hal ini, Safiyah selalu memukul Zubair sejak kecil tanpa belas kasihan. Suatu hari, bapa saudaranya Naufil melihat Zubair tengah dipukul Safiyah.
Kerana kasihan ia pun melaporkannya kepada ketua Bani Hashim, suku yang menaungi Safiyah. Ia menyatakan Safiyah berlaku sangat kejam kerana memukul putranya. Ketika hal ini terdengar oleh Safiyah, ia menyebut bahawa tindakan ini dilakukannya bukan kerana kebencian, melainkan untuk mendidik Zubair agar menjadi orang yang bijaksana.
Barangkali didikan inilah yang menjadikan Zubair bin Awwam sebagai salah satu sahabat paling berani. Ia sentiasa siap sedia menghadapi segalam macam bahaya dan bersedia menanggung semua rasa sakit dan masalah selama awal kehadiran Islam di Mekah.
Amat sayang kepada Rasulullah s.a.w.
Suatu hari apabila tersebar berita bahawa Rasulullah s.a.w.ditangkap oleh orang Quraisy, bahkan beliau diberitakan syahid. Zubair yang sedang berada di rumahnya sedang berehat mendengar kabar ini. Dengan segera, remaja yang baru berusia 16 tahun ini bangkit, keluar rumah dengan membawa pedang di tangannya.
Ia segera mendatangi rumah Rasulullah s.a.w.dengan wajah merah kerana marah. Ternyata isu tidak benar, kerana Rasulullah s.a.w. sedang berada di rumahnya tanpa apa-apa. Melihat Zubair, Rasul pun bertanya mengapa ia membawa pedang. Dengan gembira, Zubair berucap bahawa ia bersyukur dan sangat gembira melihat Rasulullah s.a.w. dalam keadaan baik dan aman.
Mendengar berita salah tentang dirinya, Rasul tersenyum. Rasul bertanya, jika memang isu tersebut terjadi apakah yang akan kau Zubair. Zubair berkata bahawa ia lebih memilih mati daripada harus hidup tanpa Rasulullah s.a.w.. Rasul berkata "Inilah pedang pertama yang terhunus kerana Allah s.w.t. dan Rasulnya."
Dibenci bapa saudaranya Naufil
Jika masa kecil, Zubair dilimpahi kasih sayang dari bapa saudaranya, Naufil, lain pula berlaku ketika ia sudah masuk Islam. Setelah Zubair mengucapkan syahadah, Naufil yang dulu sangat menyayanginya berubah menjadi musuh yang paling kejam. Ia bahkan menjadi lebih kejam dari Safiyah yang dulu selalu memukul Zubair ketika kecil.
Ahli sejarah mengatakan, kebencian dan kekejaman Naufil terhadap Zubair sangat besar. Naufil seringkali membungkus seluruh badan Zubair menggunakan selimut, kemudian ia menyalakan api di sekelilingnya. Ketika Zubair tercekik tidak boleh bernafas kerana dipenuhi asap, Naufil yang kejam memaksanya untuk kembali ke ajaran nenek moyangnya.
Namun dengan berani Zubair menolak perintah bapa saudaranya. Dengan gagah, Zubair membentak, "Tidak mungkin saya melepaskan keimanan saya kepada Allah s.w.t. JIka saya mati, saya harus mati dalam keadaan Muslim dan bukannya sebagai seorang kafir."
Ketika kekejaman Naufil mencapai kemuncaknya, dengan izin Rasulullah SAW, Zubair akhirnya meninggalkan Mekah dan berhijrah ke Abyssinia (sekarang Ethiopia). Namun ia tidak tinggal lama di kota ini. Setelah beberapa waktu dia kembali ke Mekah dan memulakan perniagaan. Perniagan yang diceburi Zubair membuatnya kaya raya dan menjadi salah satu sahabat terkaya, selain Usman bin Affan dan Abdurrahman bin Auf.
Meski pun demikian, Zubair merupakan orang yang menginfakkan jiwa dan hartanya, untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Zubair memiliki seribu orang hamba, dan selalu membayar pajaknya. Namun ia tidak pernah mengambil wang tersebut melainkan menginfakkannya di jalan Allah s.w.t.
Kerana kesibukan pernigaannya inilah, maka Zubair tidak ikut menyertai kepergian Rasulullah s.a.w. ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. terjadi ketika Zubair dalam perjalanan berdagang ke Syria. Ketika ia kembali ke Mekah, ia bertemu Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar Siddiq yang tengah berangkat menuju Madinah dari Makkah.
Kerana saat itu ia berada dalam rombongan dagang, maka Zubair memutuskan menunda pemergiannya bersama Rasulullah. Dia membekalkan Rasulullah dengan pakaian danmakanan untuk perjalanan ke Madinah. Namun tak lama kemudian, bersama ibundanya Safiyah, dan istrinya Asma’, Zubair pergi menyusuli Rasulullah s.a.w. ke Madinah.
Di Madinah, Rasulullah s.a.w. telah berhasil mewujudkan hubungan kekerabatan berdasar Islam antara golongan Muhajirin dari Mekah dengan golongan Ansar dari Madinah. Berdasarkan hubungan ini, Zubair menjadi saudara seIslam dengan Salma, putera Salama yang berasal dari Bani Ash-hal, sebuah keluarga di Madinah dari suku Aus. Zubair bin Awwam meninggal 33 tahun setelah hijrah. Suatu ketika Rasulullah s.a.w. bersabda, "Zubair dan Thalhah akan menjadi tetanggaku di surga."
No comments:
Post a Comment