DOA IFTITAH

DOA IFTITAH : Doa Iftitah ialah doa yang dibaca selepas takbiraul ihram dan sebelum alfaatihah, sebagai pembuka solat iaitu sebagai ikrar seseorang dihadapan Rabbul Jalil dengan hasrat berserah diri dan segala urusan kepada Allah. Membaca doa ini tanpa mengangkat tangan.

Jika seorang makmum masbuq (lewat) dan imam sedang membaca surah selepas fatihah, kemudian makmum tadi tidak bersegera membaca fatihah sebaliknya menyibukkan diri dengan Doa iftitah...tidak sempat rukuk, iktidal dan sujud bersama imam, maka makmum tadi wajib menambahkan rakaatnya, iaitu tidak dikira rakaat yang awal tadi. Ini kerana makmum sibuk dengan perkara sunat dengan mengabaikan rukun solat.

Dalil
Abu Hurairah r.a. menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila telah bertakbir memasuki solat (yakni takbiratul-ihram), baginda senyap seketika sebelum mula membaca (al-Fatihah). Lalu aku bertanya baginda; ‘Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku melihat engkau senyap di antara takbir dan bacaan (al-Fatihah). Apa yang engkau ucapkan?’. Baginda menjawab; ‘Aku membaca;

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ

(Allahomma baa’id bainii wa baina khathooya kamaa baa’atta bainal masyriqi wal maghrib, Allahomma naqqini min khathooyaya kama yunaqqas tsaubul abyadhu minad danas, Allahoommagh silnii min khatooyaya bitsalji wal maa’I wal baradi)

“Ya Allah! Jauhkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah! Bersihkanlah daku dari dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah daku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan embun”. (Riwayat Imam Muslim)

Doa ini boleh dibaca dalam setiap ibadat solat samada yang fardhu atau sunat. Hukum membacanya adalah Sunat dan tidak perlu sujud sahwi jika tidak membacanya.








اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن


(Allahu Akbaru kabiiraw, walhamdulilliahi kathiiraw, wasubhanallaahi bukratan wa ashiila, Wajjahtu waj hialilladzi, fataras samaa waati wal ardh, hanifam muslima, wamaa ana minal musyrikiin, Inna solaati wanusuki wamahyaaya wamamaati, lillaahi rabbil'aalamin, La syariikalahu wabizaalika umirtu wa ana minal muslimin).

Ertinya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya.Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.Dan maha suci Allah siang dan malam.Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi,aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Hukum Doa Iftitah
Hukum membaca doa Iftitah adalah sunat. Kita boleh memilih mana-mana satu doa Iftitah yang pernah dibaca atau diajar oleh Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadisnya-. Doa Iftitah ini hendaklah dibaca perlahan (tidak dikuatkan suara).

No comments: