SOLAT SUNAT DALAM PERJALANAN

Sebaik-baik perjalanan atau musafir adalah dengan mengisi ruang waktu yang ada di dalam perjalanan dengan melakukan perkara yang boleh menambahkan pahala di sisi Allah. Oleh itu amatlah dituntut di dalam perjalanan melakukan perkara yang baik, seperti solat sunat, banyakkan berzikir, tidak bercakap perkara-perkara yang melalaikan hati dari mengingati Allah, banyakkan membaca al-Qur'an.

Jika seseorang itu bermusafir dengan menaiki kenderaan Awam atau menumpang maka dia boleh mengerjakan solat sunat sepanjang perjalanan. Haram bagi pemandu melakukan solat sunat ketika dalam perjalanan. Cara dan syarat mengerjakan solat sunat dalam perjalan adalah sebagaimana berikut:
1. Solat sunat yang dikerjakan adalah dalam keadaan sulit (seperti solat khauf)
2. Solat sunat 2 rakaat 1 salam.
3. Dikerjakan sambil duduk ditempat duduk.
4. Tidak dituntut mencari arah kiblat samada diawal takbartul ihram sehingga selesai, jika berkebetulan itu lebih baik.
5. Takbiratul ihram, niat, fatihah, doa rukuk, doa sujud dan doa-doa yang lain dilakukan secara sempurna.
6. Rukuk dan Sujud dilakukan dengan perbuatan menundukkan sedikit kepala. Sujud hendaklah lebih rendah daripada Rukuk.
7. Tidak perlu melipat kaki semasa tahiyyat, memadai berada dalam kedudukan yang asal. Samada kereta, keretapi, kapalterbang, motosikal dan sebagainya.
8. Tidak perlu meletakkan tangan di dada, jika dalam keadaan duduk yang tidak tetap atau tidak seimbang, seperti bergoyang-goyang di atas keretapi, kereta dan sebagainya.

No comments: