Tawaf


Tawaf : Iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan. Setiap pusingan bermula di penjuru Hajarul Aswad dan berakhir di penjuru yang sama. Tawaf merupakan pekerjaan yang dilakukan hanya di dalam Masjidil Haram, iaitu sebagai tawaf haji atau tawaf umrah.


Syarat sah tawaf:




  1. Suci daripada hadas.


  2. Suci daripada najis pada badan dan pakaian.


  3. Menutup aurat.


  4. Bermula dari tempat yang sejajar atau setentang dengan Hajar Aswad yang ada pada satu penjuru Kaabah itu. Sekiranya seseorang itu memulakan tawafnya pada tepi atau sudut Kaabah yang tidak bersetentang dengannya, maka pusingan itu tidak dikira hingga dia sampai pada sudut Hajar Aswad untuk dikira permulaan tawaf.


  5. Mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan.


  6. Dilakukan di dalam Masjidil Haram tetapi di luar bahagian Kaabah iaitu di luar Hijir Ismail dan Syazarwan.


  7. Dilakukan tujuh pusingan dengan yakin.

Perkara Sunat Dalam Tawaf.


Berikut adalah perkara yang sunat dilakukan semasa bertawaf:



  1. Bertawaf dengan berjalan kaki.

  2. Memendekkan langkah.

  3. Berjalan cepat dengan berlari anak.

  4. Istilam kepada Hajar Aswad pada permulaan tawaf sambil mengucapkan "Allahu Akbar".

  5. Beristilam dengan tangan kanan.

  6. Mengucup Hajar Aswad dan meletakkan dahi ke atasnya.

  7. Beristilam di rukun Yamani.

  8. Berittibak.

  9. Solat sunat dua rakaat setelah tawaf di belakang Maqam Ibrahim.

  10. Bertawaf berhampiran Kaabah (bagi memudahkan istilam).

  11. Berdoa dengan doa-doa tertentu.

Jenis Tawaf



  1. Tawaf Qudum ( ) - tawaf "selamat datang" yang dilakukan ketika baru sampai di Mekah.

  2. Tawaf Ifadhah ( ) - tawaf yang menjadi rukum haji dan dilakukan bagi mereka yang telah pulang dari Wukuf di Arafah. Juga dinamakan bagi tawaf rukun umrah.

  3. Tawaf Sunat ( ) - tawaf yang dilakukan semata-mata mencari ridha Allah pada bila-bila masa.

  4. Tawaf Tahiyyat ( ) - tawaf sunat yang lazim dilakukan sebaik sahaja memasuki Masjidl Haram.

  5. Tawaf Nazar ( ) - melakukan tawaf untuk memenuhi nazarnya.

  6. Tawaf Wada' ( ) - tawaf "selamat tinggal" yang dilakukan sebelum meninggalkan kota Makkah sebagai menghormati dan memuliakan Baitullah.


Perkara Membatalkan Tawaf



  1. Batal Wudhuk.

  2. Berubah niat kepada perkara lain.

  3. Bahu kiri berpaling dari arah kiblat.

  4. Terbuka aurat.

  5. Bersentuh kaabah.

  6. Tawaf dalam kawasan Hijir Ismail.





No comments: