DOA SOLAT ISTIKHARAH

Ertinya:" Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu petunjuk yang baik dengan pengetahuanMu yang luas, dan aku memohon agar diberikan kekuatan kepadaku dengan kekuatanMu, dan aku memohon kemurahanMu yang luas, kerana sesunggunya Engkau Maha Berkuasa dan aku tidak memiliki kuasa, dan Engkau mengetahu dan aku tidak mengetahui dan Engkau mengetahui perkara ghaib.


Ya Allah! Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini (disebutkan hajatnya) baik bagiku, bagi agamaku, kehidupanku dan hari pembalasanku, maka berikanlah kepadaku dan permudahkan ia bagiku. Kemudian berilah keberkatannya kepadaku, dan jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini (disebutkan perkara sedang dihadapi) buruk bagiku, bagi agamaku, kehidupanku dan hari pembalasanku, maka jauhkanlah ia dariku dan berikanlah kepadaku kebaikan di mana-mana sahaja. Kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas jungjungan Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam dan kepada ahli keluarganya".

No comments: