Ali bin Abu Thalib

Ali bin Abu Thalib : Khalifah Rasyidin yang keempat dan terakhir. Menjadi khalifah dari tahun 35 Hijrah hingga tahun 40 Hijrah (656-661 M).

Nama lengkapnya adalah Ali bin Abu Thalib bin Abdul Muthalib al-Hasyimi al-Qurasyi (21 Sebelum Hijrah hingga 40 Hijrah (600-661 M). Khalifah keempat ini adalah keluarga Rasulullah s.a.w. iaitu anak kepada Abu Thalib iaitu bapa saudara nabi. Jadi saidina Ali adalah sepupu kepada Nabi s.a.w. iaitu anak pengasuhnya Abu Thalib selepas kematian datuknya Abdul Muttalib. Saidina Ali juga menantu Rasulullah s.a.w., iaitu suami kepada Fatimah binti Muhammad s.a.w. Beliau termasuk pahlawan dalam perang Badar, Uhud, Khaibar, Khandak dan perang Hunain. Beliau dibaiah sebagai khalifah setelah Usman bin Affan syahid terbunuh. Dia termasuk mujtahid terbesar dan ahli hukum Islam, pernah menjadi komandan dalam perang Jamal, perang Shiffin dan perang Nahrawan.
Kewafatannya
Setelah memegang jawatan khalifah selama 4 tahun 8 bulan dalam keadaan penuh kucar kacir dan pemberontakan yang dilakukan oleh puak Khawarij, Penyokong Muawiyah, Penduduk Iraq dan syam akhirnya saidina Ali k.w. dibunuh oleh Ibnu Maljam atau nama sebenarnya Abdur Rahman bin Amru pada 17 Ramadhan tahun 40 hijrah. Beliau meninggalkan 33 orang anak, 15 lelaki dan 18 orang perempuan. Beliau di Maqamkan di Kufah pada malam harinya.
......akan dilanjutkan .....

No comments: