Wanita Muslim wajib memakai pakaian yang menutup aurat dari hujung rambut hingga hujung kaki. Yang harus dibuka cuma dua anggota sahaja iaitu muka dan dua tangan hingga pergelangan. Ini adalah hukum yang diterima dan disepakati oleh seluruh ulamak Islam. Bahkan mukapun wajib ditutup jika seorang wanita itu sangat cantik sehingga menyebabkan lelaki yang terpandang akan mengulangi pandangnnya untuk beberapa kali. Secara umumnya seorang wanita mestilah berpakaian yang MENUTUPI:
1. Kepala keseluruhannya kecuali Muka.
2. Tengkuk tanpa kelihatan bentuknya.
3. Kedua tangan hingga pergelangan tangan, tanpa nyata bentuknya.
4. Dada dan buah dada tanpa kelihatan bentuknya.
5. Perut dan pinggang tanpa kelihatan bentuknya.
6. Punggng tanpa kelihatan nyata bentuknya.
7. Paha dan betis tanpa kelihatan bentuknya.
8. Kaki hendaklah dibungkus tanpa kelihatan kulitnya.
9. Sembunyikan perhiasan dan sederhana dalam solekan.
Dalil Wajib Menutup Aurat Bagi Wanita Islam.
Kepada wanita-wanita Islam yang tidak berpakaian menutup aurat atau berpakaian yang tidak menepati kehendak syarak, walaupun hal ini tidak pernah dilihat oleh Rasulullah pada masa itu, tetapi baginda memberi amaran dan peringatan dalam haditsnya:
1. Firman Allah s.w.t.:
Ertinya: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (QS al-Ahzab : 59)
2. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.(H.R. Muslim)
3. Firman Allah:
Ertinya: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(QS An-Nuur : 31)
4. Maksud hadits: “Barangsiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah s.w.t. akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti”. (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’I dan Ibnu Majah).
5. Maksud hadits: “Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya”. (HR Bukhari dan Muslim)
6. Menurut riwayat Imam Tarmizi dan Nasa’i, dari Ummu Salamah r.a. katanya: “Ya Rasulullah, bagaimana perempuan akan berbuat kain-kain mereka yang sebelah bawah?”. Jawab Rasulullah s.a.w.: “Hendaklah mereka memanjangkannya barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi ke atasnya”. (HR Tarmizi dan Nasa’i)
Contoh Pakaian Wanita Islam.
Walaupun seseorang wanita Islam memakai pakaian yang didakwa menutup aurat, tetapi hakikatnya mereka masih belum faham apakah bentuk sebenar pakaian yang menutup aurat. Untuk lebih jelas cuba bandingkan gambar-gambar di bawah ini.
Pakaian Muslimah

Kesalahan Pakaian A
Kesalahan Pakaian B
Kesalahan Pakaian C
Kesalahan Pakaian D
Kesalahan Pakaian E
Kesalahan Pakaian F
No comments:
Post a Comment