Takabbur ( تكبر ): Sombong atau takabbur ertinya perasaan tinggi diri oleh si pelaku terhadap satu atau lebih mengenai dirinya dalam aspek-aspek kehidupan. Seseorang itu boleh bersikap sombong kepada orang di sekelilingnya jika dia mendapati kedudukannya lebih tinggi berbanding orang di sekelilingnya. Kesombongan atau ketakabburan juga boleh berlaku apabila manusia mendapati keturunannya, sifat lahiriahnya sama ada cantik, kacak atau perkasa ataupun kaya dari segi material adalah lebih berbanding dengan orang lain.
Apabila kita berurusan dengan manusia, bermakna kita berhadapan dan berurusan dengan kerenah dan tingkah laku manusia.. Kebiasaannya kita berpendapat bahawa pertimbangan kita dalam menghadapi kerenah manusia atau dalam kita berurusan dengan manusia merupakan suatu pertimbangan yang paling tepat dan terbaik bagi diri kita. Tindak tanduk yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada pertimbangan dan budi bicara yang kita rasa amat tepat dan wajar untuk dilakukan. Biarpun dalam keadaan kita bersikap biadap, marah atau acuh tak acuh dan kesannya, ia akan dipertikai oleh orang lain, tetapi pada kita itulah pertimbangan pertama yang paling sesuai dan wajar.
Antara sikap yang amat tidak digemari oleh manusia untuk dihadapi ialah sikap sombong atau takabbur. Walaupun sikap ini tidak menyebabkan kekurangan kepada diri orang lain secara fizikalnya, tetapi mengucapkan perkataan-perkataan yang berbaur ketakburan atau kesombongan menyebabkan orang yang mendengar merasa meluat, tersinggung dan panas hati.
Di dalam hal ini kita perlu menyedari hakikat bahawa tidak ada satu makhlukpun di dunia ini yang mengatakan bahawa dia berhak untuk berlaku sombong. Ini kerana, kesombongan atau kebanggaan itu menunjukkan kebesaran atau kehebatan diri seseorang. Sedangkan kebesaran atau kehebatan adalah kriteria mutlak yang menjadi milik Allah s.w.t., dan tidak ada seorangpun yang boleh memilikinya. Ini seiring dengan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:
"Allah Ta'ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi): Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."
Apabila kita meneliti maksud hadis ini, ia dengan jelas menyatakan bahawa kesombongan dan kebesaran itu hanya milik Allah s.w.t. semata-mata, tetapi bagaimanakah perasaan ini masih boleh timbul di dalam hati manusia?
Sebenarnya, perasaan sombong atau takabbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina. Pandangan tersebut mungkin suatu pandangan yang secara faktanya benar. Umpamanya jika kita membandingkan pendapatan sebanyak RM7000.00 sebulan dengan pendapatan sebanyak RM3500.00 sebulan, tentulah jumlah pendapatan pertama jauh lebih besar berbanding dengan jumlah pendapatan kedua. Walau bagaimanapun, kesombongan itu berlaku apabila pandangan tersebut beriringan dengan anggapan orang yang dipandangnya itu lebih kecil, serba kekurangan atau kurang berharga berbanding dengan dirinya.
Ketakabburan berlaku apabila pandangannya itu tidak disertakan dengan kesyukurannya kepada Allah s.w.t. kerana memberi kelebihan tersebut. Secara tidak langsung dia menganggap apa yang dimilikinya itu tidak mempunyai kaitan dengan rahmat atau rezeki yang diberikan oleh Allah. Ataupun dia menganggap bahawa dia sememangnya individu istimewa kerana itu Allah memilihnya untuk memiliki kelebihan tersebut. Maka orang yang sombong dan takabbur itu menganggap dirinya lebih mulia dan terhormat berbanding dengan orang lain. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghinakan makhluk."
Sifat sombong atau takabbur merupakan salah satu sifat mazmumah yang bukan sahaja merosakkan diri seseorang tetapi juga membawa kemudaratan yang amat besar kepada ummah seluruhnya. Kemudaratan ini mungkin tidak kita sedari tetapi apabila ia sudah sampai kemuncaknya barulah kita menyedari betapa hebatnya sifat keji ini memusnahkan diri kita. Kita tanyalah diri sendiri. Sebagai hamba, apalah yang kita ada untuk bersifat sombong? Layakkah kita untuk menunjukkan kehebatan, kekusaan dan kekuatan diri?. Adakah kedudukan, harta dan pangkat yang juga sebenarnya bukan miliki mutlak kita, memberikan kita ruang untuk berbuat demikian? Walau apa pun yang kita jadikan alasan untuk mewajarkan segala tindakan, kita perlu kembali ke dalam diri dan menginsafi kebesaran Allah s.w.t. Hisablah kedudukan diri kita di sisi-Nya. Nilailah keagungan-Nya berbanding kekerdilan diri sendiri. Takutilah amaran-Nya terhadap manusia yang bersifat sombong dan takabbur.
Sebab-Sebab Timbulnya Sifat Takabbur
Perkara-perkara yang biasanya menjadi bahan kesombongan atau ketakabburan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kitab Ihya Ulumuddin (tulisan Imam Al-Ghazali) ada tujuh perkara, iaitu ilmu pengetahuan, amalan dan peribadatan, keturunan, keindahan dan kelebihan pada bentuk fizikal, harta kekayaan, kekuatan fizikal dan kuasa atau pengaruh.
Dalam aspek ilmu pengetahuan.
Lazimnya kesombongan itu berlaku apabila seseorang itu telah mendapat pengiktirafan daripada masyarakat tentang ilmu yang ada padanya. Mungkin apabila orang memberi 'title' ustaz, orang alim atau sebagainya, pada anggapannya dia benar-benar telah berilmu. Lantas, orang yang sombong inipun menganggap orang lain itu bodoh dan jahil
Sebaliknya, haruslah disedari bahawa menuntut ilmu pengetahuan bagi seorang muslim sebenarnya adalah untuk membawa diri dan jiwanya kepada suatu keinsafan tentang kedudukannya sebagai seorang hamba dan kedudukan Tuhannya sebagai Pencipta. Ilmu pengetahuan yang dimilikinya seharusnya akan menambahkan lagi nilai ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Seiring dengan firman Allah yang bermaksud;
"Bahawasanya yang dapat merasakan takut kepada Allah dari golongan hamba-hamba-Nya itu ialah alim ulama"
Amalan dan peribadatan.
Memang tidak dinafikan, apabila masyarakat mengiktiraf seseorang itu sebagai orang warak dan bertakwa, bagi mereka yang sombong dan takabbur, dia akan mengira-ngira dia telah banyak melakukan amal ibadat. Dia akan mengharapkan agar dia diberi keutamaan dalam majlis-majlis tertentu, diraikan dan diberi puji-pujian oleh masyarakat.
Keturunan atau salasilah.
Tanpa sedar, manusia lazimnya akan berbangga dengan keturunan mereka seperti daripada kerabat diraja, golongan aristokrat, bangsawan dan sebagainya. Perasaan ini secara tanpa sedar juga pernah dialami oleh seorang sahabat Rasulullah s.a.w., yakni Abu Dzar. Beliau berkata;
"Pada suatu hari, ketika aku berada di hadapan Rasulullah s.a.w., datanglah seorang yang berkulit hitam. Lantas saya menyapanya, "Hai anak orang hitam" Apabila Rasulullah s.a.w. terdengar sahaja aku menyebut anak orang hitam, baginda menempelakku dengan mengatakan; Hai Abu Dzar, tidak ada kelebihan bagi seseorang yang berketurunan kulit putih di atas orang yang berketurunan kulit hitam. Alangkah menyesalnya aku apabila telah terlanjur mengucapkannya. Lalu akupun membaringkan tubuhku dan berkata kepada orang tersebut; Nah saudara, pijaklah pipiku ini."
Kecantikan atau ketampanan.
Kesombongan atas sebab ini amat mudah untuk diterima oleh sesiapa sahaja. Suatu anugerah yang Allah berikan sejak dari manusia dilahirkan. Orang yang cantik atau tampan mudah sahaja menjadi tumpuan orang-orang yang berada di sekelilingnya. Seseorang yang tidak mempunyai iman yang kuat, sudah pasti amat mudah merasa bangga dan sombong dengan apa yang ada padanya.
Kekayaan dan Darjat.
Kesombongan amat mudah berlaku di kalangan mereka yang berada dan kaya. Terdapat satu kisah yang menceritakan tentang perkara ini yang boleh dijadikan sebagai suatu pengajaran;
Abu Bakar Al-Hazali berkata:
"Suatu hari kami bersama Hassan. Lalu Ibn al-Ahlam datang kepada kami hendak bercukur. Dia memakai jubah sutera tersusun di atas betis, tersingkap pula bahagian luarnya. Dia berjalan berlenggang. Perbuatannya yang sedemikian itu dilihat oleh Hassan, lalu Hassan pun berkata: "Sombongnya, dia memalingkan pipi dan menampakkan kebodohannya. Engkau akan terlihat kebodohanmu dalam nikmat yang tidak disyukuri dan tidak menggunakannya sesuai dengan perintah Allah serta tidak pula memberikan haknya pada setiap yang memerlukan. Nikmat itu hak Allah dan dengannya syaitan sentiasa mencari mangsa. Demi Allah, seseorang yang berjalan dengan wataknya atau bergerak seperti orang gila itu lebih baik daripada ini." Ibn al-Ahlam mendengar lalu dia kembali dan minta maaf kepadanya. Hassan berkata, "Jangan kau minta maaf padaku, tapi bertaubatlah kepada Allah. Tidakkah engkau dengar firman Allah,
(Yang maksudnya berbunyi) :"Janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong, sesungguhnya engkau itu tiada dapat menembusi bumi dan tidak akan engkau sampai setinggi gunung." (Al-Isra' :37)
Kekuatan dan Keperkasaan Tubuh.
Manusia amat mudah merasa amat bangga dan sombong apabila memiliki tubuh yang kuat dan perkasa. Kelebihan yang dimilikinya kadang-kadang menjadi bahan untuk mengancam orang lain yang lebih lemah. Atau untuk memaksa orang-orang yang lebih lemah menuruti kemahuannya. Di dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
"Orang yang paling gagah perkasa di antara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya pada waktu marah dan orang yang tersabar di antara kamu semua itu ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia mampu untuk membalasnya."
Pengaruh atau Kuasa.
Manakala perkara yang terakhir sekali yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali sebagai perkara yang boleh menimbulkan kesombongan dan ketakburan ialah pengaruh ataupun kuasa.
Pemimpin yang tertipu dengan perasaannya, walau di peringkat mana sekalipun kepimpinannya akan merasa bahawa dirinya sudah cukup hebat berbanding orang lain.
Kesombongan atau takabbur merupakan suatu perasaan yang apabila ia timbul dan tidak dikendalikan dengan baik dan penuh keinsafan, akan menjadikan pemiliknya amat kerugian. Ini kerana sikap ini mampu menjadi penghalang bagi seseorang untuk ditempatkan di dalam syurga, disebabkan sifat ini menjadi pemisah antara seseorang dengan akhlak dan budi pekerti kaum mukmin keseluruhannya. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, takabbur atau sombong adalah rasa tinggi diri berbanding dengan orang lain. Seseorang yang memiliki sifat ini sudah pasti tidak mempunyai perasaan menyayangi saudara mukminnya yang lain sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri.
Orang yang sombong juga tidak akan dapat meninggalkan perasaan dendam, memberi nasihat kepada saudara muslim yang lain secara jujur atau ikhlas dan tidak dapat melaksanakan budi pekerti yang baik.
Sifat sombong atau takabbur juga sebenarnya menyebabkan seseorang itu awal-awal lagi akan disisihkan oleh Allah swt di dunia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud;
"Nanti Aku palingkan daripada ayat-ayatKu orang-orang yang sombong di muka bumi tanpa kebenaran." (Al-A'raf: 146)
Selain itu natijah kesombongan juga, menyebabkan pintu hati pengamalnya tertutup dari menerima hidayah dan kebaikan dari Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
"Demikianlah Allah menutup tiap-tiap hati orang yang sombong lagi ganas (memaksa rakyat)." (Surah Al-Mukmin : 35)
Apa yang lebih malang, pemilik sifat takabbur yang menafikan hak-hak Allah akan ditempatkan ke dalam neraka seiring dengan firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembahKu, mereka itu akan masuk neraka Jahannam dengan menderita kehinaan." (Surah Al-Mu'min: 60)
Dan ini diperkukuhkan lagi oleh dua buah hadis yang berbunyi yang bermaksud;
"Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan."
Manakala Hadith kedua bermaksud;
"Tidak akan masuk syurga seseorang yang bakhil dan berbuat sewenang-wenang (kerana kesombongannya)."
Sesungguhnya sifat sombong atau takabbur, selain ia dicela di dunia oleh Allah serta orang-orang mukmin, ia adalah sifat yang amat merugikan seseorang itu di dunia dan di akhirat. Apakah kita sebagai hamba yang penuh kedhaifan dan serba kekurangan ini layak untuk menganggap diri kita hebat? Sebagai manusia, Allah menganugerahkan kepada kita kelebihan-kelebihan tertentu agar kita menjadi lebih mudah untuk meniti perjalanan hidup ke arah kehidupan yang lebih abadi. Kelebihan yang diberi bukanlah bererti yang kita diberi izin untuk mendabik dada kepada orang lain. Suatu hakikat yang perlu kita sama-sama sedari ialah, tidak ada manusia yang sempurna dari segala segi. Di mana kelebihan manusia, di situlah sebenarnya kelemahan atau kekurangannya berada.
Maka kita sewajarnya sama-sama menginsafi bahawa keagungan, kehebatan dan sifat sombong itu hanya dimiliki oleh Allah. Dan bagi manusia, sifat sombong atau takabbur sebaik-baiknya dengan dengan sifat tawaddhu'. Sifat tawaddhu' adalah sifat rendah diri dan menginsafi diri bahawa manusia itu perlu sentiasa berada di bawah ketundukan dan ketaat kepada Allah s.w.t. Sifat inilah sebenarnya yang mengangkat darjat manusia di sisi Allah s.w.t. Sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud;
"Barang siapa bertawaddhu' kerana Allah, maka akan diangkat darjatnya oleh Allah, barang siapa yang sombong, maka akan dijatuhkan darjatnya oleh Allah, barang siapa bersikap bersederhana (tidak boros dan tidak pula kikir), maka akan dijadikan kaya oleh Allah, barang siapa membazir, maka akan dijadikan miskin oleh Allah dan barang siapa memperbanyak ingatan kepada Allah, maka dicintai oleh Allah."
Cara Hilangkan Sifat Takabbur
Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakakan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :
1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya
Amaran Dari Allah Terhadap Orang Takabbur
Sebagaimana yang kita maklumi, setiap larangan keras Allah, pasti ada alasan atau sebabnya. Demikian jugalah sifat sombong dan takabbur. Antara sebabnya termasuklah:
1. Hanya Allah s.w.t sahaja yang memiliki kekuasaan dan keagungan. Oleh yang demikian, hanya Dia sahajalah yang berhak menyatakan kebesaran-Nya. Sebaliknya, manusia yang terlalu kerdil dan lemah, perlu menginsafi realiti ini berdasarkan asal kejadian mereka sendiri. Dalam surah Yaasin Allah s.w.t. menjelaskan :
Maksudnya: “Manusia tidak memerhatikan bahawa Kami menciptakannya daripada setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata.
(Surah Yaasin 36:77)
2. Sifat takabbur ini akan memberikan kesan yang negatif terhadap hubungan sesama anggota masyarakat. Disebabkan sifat yang buruk inilah banyak masalah interaksi yang akan timbul. Ini kerana, orang yang takabbur gemar memandang rendah terhadap kedudukan atau kemampuan orang lain. Sebaliknya, ia sentiasa berbangga dengan diri sendiri kerana menganggap dirinya lebih sempurna daripada orang lain. Pertelingkahan juga mungkin kerap berlaku disebabkan orang yang takabbur ini lebih cenderung untuk mempamerkan kelebihannya dan merendah-rendahkan atau menghina orang lain.
Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah kemajuan sesebuah masyarakat bergantung sepenuhnya pada kemurniaan akhlak dan peribadi anggotanya. Jika terdapat segelintir anggota masyarakat yang bersifat takabbur umpamanya dari sudut material, sudah tentulah kekayaan dan keselesaan hidup tidak dapat dikecapi secara adil oleh semua. Contohnya seperti Qarun yang bukan sahaja terlalu takabbur dengan harta yang dimiliki tetapi juga tidak sanggup untuk mengagihkan kekayaan kepada orang lain melalui zakat dan cara-cara yang lain yang dianjurkan oleh Nabi Musa a.s.
3. Sifat takabbur juga boleh membinasakan diri seseorang, bukan sahaja di dunia bahkan lebih-lebih lagi di akhirat iaitu pada saat-saat ia memerlukan pertolongan Allah s.w.t. Pada saat-saat itu, ia akan benar-benar berasa kecewa dan menyesali dirinya sendiri terutama apabila melihat orang lain beramai-ramai memasuki syurga Allah s.w.t.
Dalam sebuah Hadith, Rasulullah s.a.w. menegaskan :
Maksudnya: “Sesiapa yang tersemat dalam hatinya sifat takabbur walau sekecil zarah sekalipun, ia tidak akan memasuki syurga.”
(Hadits Muslim)
Jauhi Takabbur Sunnah Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. menunjukkan banyak teladan berhubung soal ini. Baginda sudi untuk menunggang keldai yang merupakan kenderaan orang biasa. Baginda juga sedia memenuhi undangan pembantu rumah. Bahkan Baginda juga mahu duduk bersama-sama orang miskin atau fakir selain bersalaman dengan semua orang tanpa mengira status; fakir miskin, kanak-kanak, hamba, orang berkulit hitam dan sebagainya. Bahkan dalam peperangan Khandak umpamanya, Baginda menyertai sahabat-sahabat untuk menggali parit sehingga tubuh Baginda terpalit debu dan tanah.
Selain itu, seperti yang diceritakan oleh Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri kerja-kerja yang dilakukan oleh orang lain seperti mengikat unta, menyapu rumah, memerah susu kambing, menampal kasut yang terkoyak dan menjahit baju. Begitu juga dengan suatu peristiwa yang lain iaitu dalam suatu perjalanan, Rasulullah s.a.w. meminta sahabat-sahabatnya memasak kambing. Salah seorang sahabat berkata, Biar aku menyembelih kambing itu. Sahabat kedua pula berkata, Biar aku yang melapahnya. Sahabat ketiga selanjutnya berkata, Biar aku yang memasaknya. Lalu Rasulullah berkata, Biar aku yang mengumpulkan kayu api. Sahabat-sahabat seterusnya berkata, Wahai Rasulullah, biarlah kami uruskan semuanya. Jawab Baginda, Aku tahu kamu boleh uruskan semuanya tanpa memerlukan bantuanku tetapi aku tidak suka aku dilebih-lebihkan daripada kamu. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka seseorang hamba-Nya yang cuba membezakan dirinya dengan sahabat-sahabatnya.
Sebagaimana yang dikatakan, sifat tawaduk yang sungguh mulia ini diteladani oleh sahabat-sahabat, tabi’in, solihin dan sebagainya. Sebagai contoh ialah `Umar ibn `Abdil `Aziz. Pada suatu malam, seorang tetamu menziarahinya di rumah. Seperti biasa, `Umar akan mencatat perkara-perkara yang penting selepas solat Isyak. Manakala tetamunya pula duduk tidak jauh darinya. Lampu pelita pula berkedip-kedip, hampir padam. Melihat lampu pelita itu, tetamu tersebut pun berkata, Wahai Amir al-Mu’minin! Saya akan bangun mengisi minyak pelita. `Umar pun menjawab, Bukanlah daripada sifat peri kemanusiaan sekiranya tenaga tetamu digunakan.
Tetamu tersebut pun bertanya lagi, Perlukah saya kejutkan pembantu rumah?. `Umar menjawab, Jangan kerana dia baru sahaja tidur. `Umar seterusnya mengisi minyak pelita dengan sendirinya. Tetamu `Umar berkata, “Wahai Amir al- Mu’minin, tuan sendiri yang mengisi minyak pelita ini?. Jawab Umar, “Ketika aku bangun untuk mengisi minyak di dalam pelita, aku ialah `Umar dan apabila aku kembali duduk, aku masih juga `Umar.
Untuk menjadi mukmin sejati, kita amat perlu menghindari sifat takabbur ini. Sehubungan itu, kita hendaklah sentiasa menilai dan meneliti peribadi sendiri. Sekiranya kita memiliki walau sedikit perasaan takabbur, segeralah berusaha menghapuskannya. Bermuhasabahlah. Adakah kita gemar orang lain memuji-muji diri dan kehebatan kita. Sebaliknya adakah pula kita berasa benci jika orang lain mengkritik dan menegur kelemahan kita? Adakah juga kita mahukan supaya orang lain sentiasa menganggap bahawa kita ini sempurna?. Lalu kita dengan mudah menyebut-nyebut kelemahan dan kekurangan orang lain? Ketahuilah bahawa sifat yang amat buruk ini akan menjauhkan diri kita daripada rahmat Allah. Bahkan kita juga akan dijauhi oleh orang lain kerana tidak menyenangi sifat buruk kita itu.
Fikirkanlah juga akibat bersifat takabbur. Renungkanlah kesudahan kita hidup di dunia ini sekiranya kita berasa hebat dengan kehidupan kita di dunia yang fana ini. Sesungguhnya, tiada manusia pun di dunia ini yang berhak mengakui kehebatan, kemuliaan dan kekuatannya. Janganlah kita berbangga dengan apa yang kita miliki dari kedudukan, keturunan, kemewahan dan sebagainya, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk menentukan kedudukan kita di akhirat nanti.
Janganlah juga kita memandang hina orang lain, meskipun pada pandangan kita, orang tersebut perlu diperlakukan sedemikian. Tanyalah diri sendiri. Siapakah kita untuk berbuat demikian? Insaflah. Kita bukanlah sesiapa di dunia ini. Kita juga seperti orang lain. Perantau di bumi Allah yang mencari bekalan terbaik untuk dibawa pulang. Jangan sesekali takabbur dengan semua yang dimiliki hatta iman sekalipun. Dalam masa yang sama, janganlah memandang hina orang yang melakukan kesilapan atau dosa sehingga melukakan hati orang tersebut dengan kata-kata yang kesat.
Ingatlah bahawa sebagai manusia, kita juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Sebagai insan yang tawaduk, kita hendaklah berusaha mengingatkan orang yang melakukan kesilapan itu dan bersungguh-sungguh menyedarkannya. Itulah sebaik-baik jalan.
Renungkanlah firman Allah s.w.t. iaitu sebagai jawapan bagi pertanyaan Nabi Musa a.s., “Siapakah makhluk yang sangat Engkau benci? Allah berfirman: Wahai Musa, orang yang sombong hatinya, kasar lidahnya, lemah keyakinannya dan bakhil tangannya. Memanglah benar kesombongan tidak ubah seperti api. Semakin besar nyalaannya, semakin hebat kemusnahannya. Padamkanlah ia sepenuh daya sebelum diri kita benar-benar dimusnahkannya”.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ
حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Tidak akan masuk jannah (syurga) barangsiapa di dalam hatinya terdapat setitik kesombongan. Ada seseorang yang berkata: “Sesungguhnya orang itu menyukai pakaian yang bagus, sandal yang bagus.” Maka Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah menyukai keindahan, sombong itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain.”
Hadits di atas mengandungi mutiara-mutiara faedah yang sangat berharga. Mari kita semak mutiara-mutiara faedah dari hadits tersebut:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ
Maksudnya: “Tidak akan masuk Jannah (syurga) barang siapa di dalam hatinya terdapat setitik kesombongan.”
Hadits di atas menunjukkan bahawa agama Islam melarang umatnya dari sifat sombong meski sekecil apapun. Barang siapa yang memiliki sifat sombong dalam hatinya meski sekecil apapun maka ia tidak akan masuk jannatullah (Syurga Allah). Kerana Jannah itu benar-benar bukan disediakan oleh Allah subhanahu wata’ala bagi orang-orang orang-orang yang memiliki sifat sombong.
Demikian juga dalam Al Qur’anul Karim menegaskan tentang perkara ini, sebagaimana firman-Nya (ertinya): “Negeri akhirat (al-Jannah) itu, kami sediakan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di muka bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al Qashash: 83)
Bila kita perhatikan kandungan ayat di atas, Allah subhanahu wata’ala menegaskan bahawa kehidupan yang bahagia di masa depan yang kekal nanti disediakan hanya untuk orang-orang yang bertaqwa bukan untuk orang-orang yang sombong. Sehingga dapat dipetik dari kandungan ayat di atas bahawa sifat sombong itu bukan sifat orang-orang yang bertaqwa.
Apakah yang dimaksud sombong itu adalah orang yang berpenampilan bagus, seperti berpakaian bagus atau bersandal bagus?
Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan pembawa rahmat bagi seluruh alam ini memberikan jawaban yang sempurna. Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah (dan) Dia menyukai keindahan.”
Allah subhanahu wata’ala itu adalah Maha Indah. Sifat-sifat-Nya adalah indah, dan semua yang berkaitan dengan Allah subhanahu wata’ala adalah indah. Sehingga Allah subhanahu wata’ala pun mencintai sesuatu yang indah. Sebagaimana juga Allah subhanahu wata’ala mencintai kebersihan dan kesucian. Allah subhanahu wata’ala berfirman (ertinya):
“Sesungguhnya Allah subhanahu wata’ala itu mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri.” (Al Baqarah: 222)
Tapi tentunya bukan kerana didasari sifat takabbur (sombong) dan meremehkan orang lain. Kerana sifat ini bertentangan dengan sifat orang-orang yang bertaqwa. Allah subhanahu wata’ala berfirman (ertinya):
“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan takabbur (sombong), kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung. “(Al Isra’: 37)
Jenis-Jenis Takabbur

الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Maksudnya: “Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.”
Rasulullah s.a.w. menjawab dengan jawaban yang sempurna. Bukanlah takabbur itu adalah orang yang memakai sesuatu yang indah tetapi takabbur itu ada dua macam:
Pertama: Takabbur yang berkaitan dengan hak Allah subhanahu wata’ala iaitu takabbur kerana menolak kebenaran.
Kebenaran itu adalah segala sesuatu yang datang dari Allah subhanahu wata’ala dan termasuk segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Allah subhanahu wata’ala adalah Rabb kita (sebagai pencipta, pemilik dan pengatur alam semesta ini) yang memiliki sifat-sifat yang sempurna. Sedangkan hamba-Nya subhanahu wata’ala adalah makhluk yang serba memiliki kekurangan dan kelemahan. Akal, daya fikir dan kekuatan manusia itu sangatlah terbatas. Terbukti manusia itu tidak mampu hidup sendiri dan pasti memerlukan bantuan orang lain. Sehingga sumber kebenaran itu hanya dari Allah subhanahu wata’ala. Sebagaimana firman-Nya (ertinya):
“Kebenaran itu adalah sesuatu yang datang dari Allah, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu.” (Al Baqarah: 147)
Sehingga barang siapa yang menolak kebenaran yang datang dari Al Qur’an atau sunnah Rasulullah s.a.w. maka dia itu telah terjangkiti penyakit takabbur (sombong) dalam hatinya. Oleh kerana itu Allah subhanahu wata’ala mengecap iblis sebagai makhuk yang takabbur kerana ia menolak perintah Allah subhanahu wata’ala untuk bersujud kepada Nabi Adam.
Allah subhanahu wata’ala kisahkan hal itu dalam Al Qur’an (ertinya): “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabbur (sombong) dan ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.” (QS. Al Baqarah: 34)
Demikian pula Rasulullah s.a.w. pernah menyifati seseorang sebagai sombong, kerana orang itu menolak kebenaran yang beliau s.a.w. sampaikan. Salamah bin Al Akwa’ r.a. mengisahkan tentang seorang yang makan disamping Rasulullah s.a.w. dengan tangan kirinya. Rasulullah s.a.w. berkata: “Makanlah dengan tangan kananmu.“ Ia menjawab: “Aku tidak boleh (iaitu enggan) mengangkat tangan kananku.” Seraya itu Rasulullah s.a.w. berkata: “Nescaya kamu tidak akan mampu. Tidak ada yang mencegahmu kecuali takabbur”. Akhirnya orang ini benar-benar tidak mampu mengangkat tangan kanannya disebabkan menentang sunnah Rasulullah s.a.w.. Bukankah Allah subhanahu wata’ala telah berfirman (ertinya):
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih.” (An Nuur: 63)
Kedua: Takabbur kerana meremehkan orang lain.
Takabbur itu bermula manakala seseorang itu merasa dirinya lebih dibanding selainnya dari sisi harta, ilmu atau, kedudukan. Lalu ia memandang orang lain dengan mata sebelah (meremehkannya). Biasanya orang yang sombong itu tampak dari gaya perkataannya yang selalu memakai kata-kata perendahan atau penghinaan kepada orang lain. Atau dari gaya penampilannya yang angkuh dan sinis, enggan untuk menyapa orang lain atau bila disapa ia pun enggan untuk menjawabnya bahkan ia palingkan mukanya atau ia jawab dengan muka yang masam. Allah subhanahu wata’ala berfirman (ertinya):
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang takabbur lagi membanggakan diri.” (QS. Luqman: 18)
Takabbur itu bukanlah dikenali dengan sesuatu yang bagus dan menawan. Bila diantara kita diberi rezeki dari Allah subhanahu wata’ala, lalu ia belanjakan untuk membeli kenderaan, pakaian, atau tempat tinggal yang bagus nan menawan, maka tidak boleh orang itu dikatakan memiliki sifat takabbur. Ketahuilah, bahawa Allah subhanahu wata’ala itu mencintai sesuatu yang indah dan bagus. Sedangkan takabbur itu adalah sikap meremehkan dan merendahkan manusia. Kerana sifat takabbur itu tidak hanya muncul dari orang-orang kaya saja tetapi juga bisa muncul dari orang-orang miskin. Bahkan sifat takabbur yang muncul dari orang miskin itu akan mendapat ancaman siksa yang lebih keras. Rasulullah s.a.w. bersabda:

ثَلاَثَةٌ لاَ يُكَلِّمُهُمُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَ لاَيُزَكِّيهِمْ وَلاَ يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ : شَيْخٌ زَانٍ وَمَلِكٌ كَذَّابٌ وعَائِلٌ مُسْتَكْبِر
Maksudnya: “Tiga golongan yang Allah tidak akan berbicara dengan mereka pada hari kiamat, tidak pula mengampunkan (dosa-dosa) mereka, tidak memandang mereka, dan bahkan mereka akan mendapat siksa yang pedih iaitu: orang tua yang berzina, penguasa yang pendusta, dan orang miskin yang takabbur.” (HR. Muslim dari sahabat Abu Hurairah r.a.)
Yang jelas sikap takabbur itu pada dasarnya tercela dan diharamkan dalam Islam, baik yang muncul dari orang kaya atau orang miskin dan demikian juga yang muncul dari orang berilmu ataupun orang bodoh. Sesungguhnya rezeki, ilmu, dan kedudukan itu berasal dari anugerah dari Allah subhanahu wata’ala. Barang siapa yang Allah anugerahkan kepadanya nikmat maka hendaknya ia bersyukur, niscaya Allah subhanahu wata’ala akan menambah nikmat-Nya. Sebaliknya barang siapa yang kufur (menginkari) nikmat Allah subhanahu wata’ala, niscaya Allah subhanahu wata’ala akan menyiksanya. Dan siksa Allah subhanahu wata’ala itu amatlah pedih. (Lihat QS. Ibrahim: 7)
Sifat takabbur ( المتكبر ) (sombong) itu adalah hak Allah subhanahu wata’ala semata-mata. Kerana Dia-lah Rabbul ‘alamin (pencipta, pemberi rezeki, pemilik dan pengatur alam semesta ini) dan Dia-lah yang memilهki sifat-sifat sempurna. Seorang hamba tidak berhak memiliki sifat sombong ini kerana kelemahan dan kekurangan yang ada padanya. Siapa yang bersikap sombong bererti dia telah menandingi dan menaggalkan sifat kesombongan ( المتكبر ) dari Allah subhanahu wata’ala. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadits qudsi, Allah subhanahu wata’ala berfirman:

العزُّ إِزَاِري وَ الْكِبْرِيَاءُ رِدَاءِي فَمَنْ يُنَازِعُنِي عَذَّبْتُهُ
Maksudnya: “Keperkasaan adalah sarungku dan kesombongan adalah selendangku, dan barang siapa yang menanggalkan (sifat-Ku) nescaya Aku akan menyiksanya.” (HR. Muslim No. 2620)
Wahai saudaraku, ingatlah Qarun dengan nasibnya yang malang. Qarun adalah salah seorang Bani Isra’il yang Allah subhanahu wata’ala limpahkan rezeki kepadanya. Harta kekayaan melimpah ruah yang kunci-kunci gudang perbendaharaannya terlalu berat untuk dipikul oleh sejumlah orang yang gagah. Ternyata dia bukan termasuk orang yang bersyukur. Tapi sebaliknya ia malah menjadi orang yang angkuh lagi sombong. Sungguh malang nasibnya, ketika Allah subhanahu wata’ala mengakhiri kehidupannya dengan dibenamkan dirinya dalam bumi dan tiada seorangpun yang mampu menolongnya. Kisah ini terdapat dalam surat Al Qashash ayat ke 76 - 81.
Maksudnya:
76. Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan Yang anak-anak kuncinya menjadi beban Yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang Yang kuat sasa. (ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah Engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
77. "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".
78. Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian Yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, Bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat Yang telah lalu, orang-orang Yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? dan (ingatlah) orang-orang Yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).
79. Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya Dengan memakai perhiasannya. (pada saat itu) berkatalah orang-orang Yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti Yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya Dia adalah seorang Yang bernasib baik".
80. Dan berkata pula orang-orang Yang diberi ilmu (di antara mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang Yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala Yang demikian) itu melainkan orang-orang Yang sabar".
81. Lalu Kami timbuskan Dia bersama-sama Dengan rumahnya di Dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan Yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.
Semoga catatan ini dapatlah menyejukkan dan melembutkan hati kita. Dengan harapan semoga Allah subhanahu wata’ala selalu membersihkan hati kita dari penyakit takabbur dan menggolongkan kita sebagai hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.

No comments:
Post a Comment