BANI QURAYZAH

BANI QURAYZAH : Iaitu golongan Yahudi yang berada di Madinah yang merupakan sekutu Qabilah Aus dan telah membuat tali persahabatan dan perjanjian damai dengan kaum Muslimin. Namun mereka mengkhianatinya, di mana mereka telah membuat pakatan dan membantu orang-orang kafir Quraisy untuk memerangi Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dan kaum Muslimin dalam peperangan Ahzab.

Selepas kemenangan dalam peperangan Ahzab, Allah mewahyukan kepada Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam agar memerangi mereka yang berbuat khianat. Akhirnya mereka dapat ditawan dan dijatuhi hukuman mati bagi semua lelaki. Manakala perempuan-perempuan dan kanak-kanak dijadikan tawanan perang dan harta mereka dijadikan harta Ghanimah (harta rampasan perang). Hukuman ini dijatuhkan oleh ketua mereka sendiri yang telah memeluk agama Islam iaitu Sa’ad bin Mu’adz. Peristiwa ini berlaku pada tahun kelima hijrah.

No comments: