MUT'AH

MUT’AH : Mut'ah dalam Mazhab Syafi'e bererti satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya.

(Nikah Mut’ah) Mut'ah dalam Mazhab Syiah merupakan salah satu jenis pernikahan yang diamalkan oleh mereka yang bermazhab Syiah. Pernikahan ini haram menurut Mazhab Maliki, Hanbali, Syafi’e dan Hanafi.

Mut’ah yang di ertikan sebagai pemberian ini adalah wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami, bukan kemahuan isteri. Banyaknya pemberian itu adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya sama ada kaya atau miskin dan sebagainya, ianya tidak kurang dari separuh mahar. Pemberian ini adalah untuk menyenangkan hati isteri yang diceraikan.

Firman Allah: Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan- perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya maka sekali-sekali tidak wajib atas mereka 'iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya. Maka berilah mereka mut'ah dan lepaskanlah mereka itu dengan cara yang sebaik- baiknya”. ( QS. al-Ahzab ayat 49)

No comments: