MENGANGKAT TANGAN KETIKA KHUTBAH : Umumnya, mengangkat tangan ketika berdoa' ini sunnah. Ini berdasarkan hadith Nabi sollallaahu ‘alaihi wasallam, sabdanya :
إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ
"Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia, apabila hambanya mengangkat tangan kepadanya, ia tidak akan menolak dengan tangan kosong" - Riwayat Al-Tirmudzi dianggap sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Tirmudzi.
Akan tetapi, mengangkat tangan semasa berdo'a di dalam Khutbah Jumaat bagi Khatib atau makmum bukanlah suatu perkara sunat. Ia hanya disunatkan menunjuk dengan menggunakan jari telunjuk. Malah para sahabat mengutuk dan melarang khatib mengangkat tangan ketika berdo'a.
Imam Muslim (874) dan Abu Daud (1104) telah meriwayatkan :
عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ أنه رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ (زاد أبو داود : وَهُوَ يَدْعُو فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ) فَقَالَ:
( قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ
Dari 'Umaarah ibn Ru'aibah sesungguhnya beliau telah melihat Bishr ibn Marwaan ketika di atas mimbar mengangkat kedua tangannya (Abu Daud menambah : apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), lalu beliau segera berkata : “Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan (Bishr bin Marwan). Aku melihat Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya.”
Imam Al-Nawawi mengatakan :
فِيهِ أَنَّ السُّنَّة أَنْ لا يَرْفَع الْيَد فِي الْخُطْبَة وَهُوَ قَوْل مَالِك وَأَصْحَابنَا وَغَيْرهمْ .
"Ini menunjukkan bahawa sunat TIDAK mengangkat tangan semasa berkhutbah dan ia adalah pandangan Imam Malik dan yang lain-lain."
Ma'mum juga tidak digalakkan mengangkat tangan semasa Khatib membaca do'a, kerana ma'mum mengikut Imam.
Akan tetapi jika Imam berdo'a agar diturunkan hujan pada hari Jumaat semasa beliau di atas mimbar, maka adalah menjadi sunnah mengangkat tangan dan begitu juga keadaan ma'mumnya, disunatkan mengangkat tangan.
Al-Albani didalam buku Bida' Al-Jumu'ah (ms 56-66) telah menyatakan bahawa mengangkat tangan :
a. semasa Imam duduk diantara dua Khutbah (no:42)
b. semasa ma'mum mengaminkan do'a khatib (no:63)
merupakan bid'ah-bid'ah yang biasa dilakukan oleh ma'mum yang menghadirkan diri di dalam solat Jumaat.
Berdo'a didalam Khutbah Jumaat adalah disyara'kan thabit dari Nabi sollallaahu ‘alaihi wasallam di mana ia mendoa'kan ke atas mu'minin dan mu'minat. Didalam Fatwa no:6396, Faatwa Lajhah Daa'imah LilBuhtuth Al-Ilmiyah wa Al-Ifta' (8/233) mengatakan bahawa menyebut 'Amin' pada do'a tidaklah mengapa.
Kesimpulannya ialah mengangkat tangan untuk berdo'a semasa Imam duduk antara 2 khutbah dan juga semasa Imam membaca do'a tidaklah terdapat di dalam syara', malah ulama' mengatakan ia adalah perbuatan bid'ah. Do'a boleh dibaca pada masa Imam sedang duduk diantara 2 khutbah dengan secara perlahan (sir) tanpa mengangkat tangan dan 'Amin' boleh dibaca secara perlahan semasa Imam membaca do'a.

No comments:
Post a Comment