AHLI SUFFAH : (أهل الصفة ) Iaitu sekumpulan lelaki dari kalangan Sahabat Rasulullah
sollallaahu alaihi wasallam, yang tinggal disuatu sudut di dalam Masjid Madinah.
Sudut Ahli Suffah di masa ini dibina padanya lantai yang lebih tinggi
dari tempat lain. Ianya terletak antara Pintu Jibril dan Pintu An Nisa’.
Mereka itu
tidak terlalu dikenali orang orang ramai dan tidak mengganggu orang lain,
bahkan mereka itu sering disangka sebagai orang yang kaya raya kerana tidak
bekerja dan tidak pula mereka itu meminta-minta walaupun mereka kelaparan.
Dikatakan juga, bahawa Ahli Suffah itu tidak tertentu bilangannya,
kadang-kadang sedikit, kadang-kadang ramai. Ada ketika beberapa orang lelaki
tinggal di situ untuk beberapa ketika kemudian mereka berpindah daripadanya.
Mereka kurang berilmu, bahkan ada yang murtad dari Islam sehingga Nabi
membunuhnya. Ahli Suffah tidak terdapat
dari kalangan kaum Ansar, begitu juga dari kalangan pembesar Muhajirin seperti
Abu Bakar, Umar dan Ali.
Perihal tentang mereka difirman oleh Allah dalam al-Quran, Surah
al-Baqarah ayat 273:
Maksudnya: “Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir
miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang)
pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi
(untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya – oleh orang
yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada
meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan
masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak.
Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka
sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.”
Surah al-Kahfi ayat 28:
Maksudnya: “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat
dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan
petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau
memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan
hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya
lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta
ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”
Dan Surah al-An’am ayat 52.:
Maksudnya: “Dan janganlah
engkau usir orang-orang yang beribadat dan berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan
petang, sedang mereka menghendaki keredaanNya semata-mata. Tiadalah engkau
bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka, dan mereka juga
tidak bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amalmu. Maka (sekiranya)
engkau usir mereka, nescaya menjadilah engkau dari orang-orang yang zalim.”
Ahli Suffah antaranya ialah:
Abu Hurairah
Abu dZarr al-Ghaafiri
Abu Said al-Khudri
Kaab al-Harith
Salman al-Faarisi
Abu Barzah al-Aslami
Suhaib San’am
Ammar bin Yaaser
Abdullah bin Mas’ud
Saad bin Abi Waqqas
Uqbah bin Amir
Wabisah bin Ma’bad al-Juhani
Tamin ad-Daari
Dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment