KIRA ZAKAT

ZAKAT WANG SIMPANAN

TAKRIF : 
Zakat wang simpanan merupakan zakat yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada simpanan yang telah genap setahun dan cukup nisabnya sama ada di dalam akaun simpanan biasa, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, amanah saham serta lain-lain dalam bentuk simpanan.

KAEDAH PENGIRAAN

( Tempoh haulnya ialah 5 JANUARI 2010 sehingga 7 FEBRUARI 2011 ) ( Diandaikan nisab zakat pada ketika itu RM 13,000 ) maka jumlah simpanan melebihi RM 13000 diwajibkan zakat.

Jika Simpanan Terendah Pada Tahun berkenan RM 30,000.00
Maka zakatnya ialah : RM30,000.00 X 2.5%
(Baki terakhir selepas ditolak faedah bank contohnya RM115.00)

(RM 30,000.00 - RM 115.00) x 2.5% = RM 749.95

Maka Zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM 749.95


ZAKAT EMAS DAN PERAK

TAKRIF :
Emas dan perak adalah sejenis galian yang diwajibkan zakat. Ini adalah kerana logam ini sangat berguna berdasarkan penggunaannya sebagai nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Adapun barang perhiasan selain daripada emas dan perak iaitu intan, mutiara, sutera, suasa dan sebagainya adalah tidak wajib zakat ke atasnya. :


ZAKAT EMAS :

Nisab zakat emas yang dipakai  = 200gram

Nisab zakat emas yang tidak dipakai = 85gram

DALIL :

Maksudnya :

" Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya banyak di antara ahli-ahli pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi manusia dari jalan Allah (agama Islam). Maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu pada hari dibakar emas perak dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya di dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka sambil dikatakan kepada mereka, Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah azab daripada apa yang kamu simpan itu."( Surah At-Taubah: 34-35 )
 
ZAKAT PERAK:
Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak

Nisab dan kadar zakat perak menurut Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

DALIL :
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)".(Riwayat Muslim)

Kadar zakat perak yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 5 dirham bersamaan 2.975 gram perak atau 2.5 peratus (1/40).

Kaedah pengiraan zakat perak ialah 2.5 peratus daripada nilai perak yang melebihi kadar nisab semasa dan telah cukup haul.

ZAKAT DINAR EMAS
20 Dinar zakatnya setengah dinar, dengan syarat cukup setahun.

ZAKAT DIRHAM PERAK
200 Dirham zakatnya 5 dirham, dengan syarat cukup setahun.
 

DALIL ZAKAT DINAR DAN DIRHAM :
Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda :
Maksudnya :
" Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haulnya (genap setahun), diwajibkan zakatnya 5 dirham dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat emas kecuali kamu mempunyai 20 dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah, dan tidak diwajibkan zakat dalam sesuatu harta kecuali telah genap setahun. " (Hadis riwayat Abu Daud)


ZAKAT BINATANG TERNAKAN

TAKRIF :
Zakat ternakan adalah zakat harta yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah antaranya seperti kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan unta.

ZAKAT UNTA


ZAKAT LEMBU KERBAU


ZAKAT KAMBING


ZAKAT BIRI-BIRI



No comments: