Bulan Ramadhan: Ramadhan (b. Arab: , transliterasi: Ramadhān, terjemahan harfiah:
"panas terik") (biasa juga disebut "Ramadhan Al-Mubarak"
iaitu bulan yang diberkati) adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling
suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29
atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang
termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
“ Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an
sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu,
barangsiapa di antara kamu hadir (hidup) di bulan itu, maka hendaklah dia
berpuasa pada bulan itu..”(QS Al-Baqarah, ayat 185)
Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan
merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan
keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga
senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah,
dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa
Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ramadha’, yang bererti
panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata dasar
tersebut kata Ramadhan digunakan untuk menunjukkan adanya suasana panas ketika
seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahawa kata Ramadhan digunakan
kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana
matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil
kesempatan dibulan Ramadhan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan
memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas
mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.
Penentuan awal Ramadhan
Takwim Hijrah didasarkan pada orbit bulan mengelilingi bumi
dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit). Kaedah
penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah
penglihatan dengan mata kasar ("rukyah") dan kaedah perhitungan
astronomi ("hisab").
Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala
sesetengah yang lain menggunakan nisab sahaja. Di Malaysia khasnya menggunakan
kedua-dua kaedah sekaligus. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini rukyah
seperti tidak member sebarang hasil apabila ianya digunakan dalam menentukan awal
Ramadhan dan Akhir Ramadhan. Seringkali Kaedah Hisab digunakan bagi menentukan
tarik-tarik berkenaan.
Peristiwa dan Acara semasa Ramadhan
1. Turunnya al-Qur'an
Para ulama bersetuju bahawa Al-Quran mula diturunkan pada
bulan Ramadhan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlus Sunnah wal jamaah menerima
bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadhan dan oleh itu 17 Ramadhan
diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya
(terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini
dirayakan. Pada malam tersebut surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika
Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira. Peringatan peristiwa ini
biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.
2. Lailatul Qadar
Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang
khusus terjadi di bulan Ramadhan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada
surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan. Saat pasti berlangsungnya
malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada malam
10 terakhir bulan Ramadhan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam
ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia
berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadhan. Walaubagaimanapun, hikmah
malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya
di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak
melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir
Ramadhan sambil beribadah sepanjang malam.
3. Solat Sunat Tarawih.
Solat ini hanya sunat dilakukan pada malam-malam bulan
Ramadhan sahaja dan haram dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Solat sunat
tarawih dikerjakan 2 rakaat sehingga beberapa salam, antaranya yang masyhur 4
salam atau 8 rakaat dan paling banyak 10 salam atau 20 rakaat.
4. Solat Sunat Idul Adha.
5. Zakat Fitrah.
No comments:
Post a Comment