SAHUR: Sahur itu nama waktu makan. Ia bermula di awal pagi sehingga masuknya waktu solat subuh. Waktu yang paling afdhal ialah paling hamper dengan masuknya waktu subuh. Dalil dari sabda Nabi sollallaahu alaihi wasallam:
10 minit sebelum azan subuh dinamakan waktu Imsaak bagi orang-orang yang berpuasa dan sedang mengambil makanan sahur. Waktu imsaak ini adalah waktu dalam keadaan berjaga-jaga untuk berhenti daripada mengambil makanan.
Sahur bukanlah nama juadah atau nama makanan mahupun minuman.
Waktu sahur disebut beberapa kali dalam al-Quran menandakan ia amat disukai
oleh Allah s.w.t. yang Maha Mencipta. Sahur juga disebut oleh Rasulullah sollallaahu
alaihi wasallam tanda ia amat dihargai oleh seorang hamba yang amat kasihkan
yang Maha Mencipta.
الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ
بِالْأَسْحَارِ
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah
Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang
sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya
(pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu
sahur. (QS Ali- Imran :17)
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ........
"Dan selalu memohon keampunan di waktu pagi sebelum fajar" (QS Adz-Zaariyat : 18)
Sabda Nabi s.a.w.
pula (antara maksudnya);
((تسحروا فإن في السحور بركة))
"Bersahurlah
kerana di dalam sahur itu ada keberkatan."(HR Bukhari dan Muslim)
((فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أَكْلَت السحر))
"Beza di antara
puasa kita (Islam) dan puasa ahlul kitab (Yahudi dan Nasara) adalah mengambil makanan
pada waktu sahur."(HR Muslim)
Oleh itu bangkitlah pada waktu sahur, isilah waktu sahur itu
dengan qiyam dan ambillah sedikit juadah walau hanya dengan segelas air.
Hukum Bersahur.
Bersahur hukumnya sunat muakkad. Iaitu sunat yang amat dititik beratkan oleh Baginda Nabi sollallaahu alaihi wasallam. Jadi bersahur besar ganjaran pahalanya walaupun hanya dengan seteguk air atau sebiji buah tamar/kurma.Hikmat Bersahur.
kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan
kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan
ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat
Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya
ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.
No comments:
Post a Comment