SOLAT SUNAT WUDHUK : adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan selepas mengerjakan wuduk. Ia juga dikenali sebagai solat syukur wuduk.
Solat Sunat Wuduk merupakan solat sunat sebanyak dua rakaat yang dilakukan setiap kali seseorang itu selesai mengambil wuduk. Tidak ada waktu yang ditetapkan, samaada pagi, petang, siang ataupun malam. Solat sunat ini juga tergolong kepada sembahyang sunat muqayyad iaitu sembahyang yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan sembahyang sunat.
Solat ini hukumnya sunat bagi menyempurnakan wudhu’ berdasarkan hadith oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.
Kelebihan Sembahyang Sunat Wuduk
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
"Bahawasanya Rasulullah saw bertanya kepada Bilal pada waktu sembahyang Subuh "Wahai Bilal ....! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga saya mendengar detak bunyi sandalmu di syurga?" Bilal menjawab " Saya tidak melakukan sesuatu pekerjaan yang aku sangat harapkan pahalanya selain daripada sesungguhnya saya tidak menghilangkan najis pada waktu malam mahupun siang hari, kecuali saya melakukan sembahyang dengan kesucian (wuduk) yang diwajibkan kepada saya untuk mendirikan sembahyang"
Lafaz dan niatnya ialah:
(Usalli sunnatal wudhu-a rak'ataini lillahi ta'ala )
Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat wuduk dua rakaat kerana Allah ta'ala"
Bacaan surah selepas Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua: Surah An-Nas

No comments:
Post a Comment