(Nabi dan Rasul) Manusia pertama yang dicipta oleh Allah (s.w.t.) dan ditempatkan di dalam syurga. Isterinya Hawa yang dijadikan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam (a.s.) untuk menemaninya. Nabi Adam (a.s.) memberikannya nama Hawa yang bererti ‘Ku Rindukan’. Allah menikahkan keduanya dengan disaksikan para Malaikat dan Allah (S.W.T.) mengizinkan mereka menetap di dalam Syurga untuk selama-lamanya. Mereka hidup bahagia di dalam syurga. Diberi kebebasan oleh Allah (S.W.T.) di dalam syurga samada makan atau minum kecuali buah Khuldi yang dilarang memakannya. Larangan tersebut adalah sebagai ujian bagaimana kemampuan ketaatan Nabi Adam dan Hawa menahan nafsu mereka. Tetapi atas keberkesanan pujukan Iblis yang telah bersumpah untuk menyesatkan umat manusia Nabi Adam (a.s.) dan Hawa melanggarnya. Itulah dosa pertama yang dilakukan oleh umat manusia. Mereka dijatuhi hukuman keluar dari Syurga. Kemudian mereka dihantar ke dunia dengan keadaan berpisah antara keduanya. Dalil penciptaan Nabi Adam (a.s.) terdapat dalam surah ash-Shaad ayat 71-72.
Setelah beberapa lama mereka saling mencari di antara satu sama lain akhirnya mereka diketemukan Allah dan kembali hidup sebagai suami isteri. Mereka dikurniakan 4 orang anak, iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Anaknya yang lelaki bernama Qabil dan Habil. Tetapi akhirnya Habil dibunuh oleh Qabil, kerana cemburu. Qabil mempunyai keturunan yang sesat. Untuk meluruskan mereka Allah (S.W.T.) utuskan seorang Nabi di kalangan mereka iaitu Nabi Idris (a.s.)
No comments:
Post a Comment